• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Ditemui Selepas Bapa Laung Azan, Baca Yasin

oleh AK-47
01/11/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sejurus selepas laungan azan dan bacaan Yasin seorang bapa di lokasi pencarian, mayat dua pelajar tingkatan satu yang dipercayai lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika menyeberang longkang pada Isnin lepas, ditemui di kawasan lombong Kampung Muhibah di sini.

Pencarian lebih 40 jam itu berakhir apabila mayat kedua-dua mangsa, Muhammad Shafiq Akmal Amran dan Rafiuddin Fakhrullah Ridzuan, masing-masing berusia 13 tahun, ditemui pada 7.40 dan 8.03 pagi ini, dengan jarak 40 meter antara satu sama lain.

Ketika ditemui pemberita, Ridzuan Zainal Abidin, 46, berkata beliau melaungkan azan dan membaca surah Yasin di lokasi anaknya hilang dengan niat supaya mayat Rafiuddin Fakhrullah, segera ditemui.

“Saya turun ke lokasi kira-kira 7.30 pagi untuk baca Yasin serta laung azan dengan doa dia (Rafiuddin) ditemui segera.

“Alhamdulillah, selepas beberapa minit, saya diberitahu kedua-dua mangsa telah ditemui oleh anggota bomba,” katanya ketika menunggu untuk menuntut mayat anaknya di Hospital Canselor Tuanku Muhriz di sini.

Sementara itu, seorang lagi bapa mangsa Amran Mohd Ali, 35, berkata kehilangan anak keduanya, Muhammad Shafiq Akmal, sememangnya dirasai adik-beradiknya yang lain.

“Dia memang rapat dengan adik-beradiknya, lebih-lebih lagi adik bongsunya berusia setahun, walaupun adik bongsunya masih tidak faham tetapi dia seperti mencari-cari di mana abangnya pergi,” katanya.

Menurut bapa kedua-dua mangsa, Rafiuddin Fakhrullah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bohol di sini, manakala Muhammad Shafiq Akmal di Tanah Perkuburan Islam Pantai Dalam di sini, selepas solat Asar.

Dalam insiden 3 petang Isnin lepas, dua rakan itu dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras ketika menyeberang longkang dalam kejadian berhampiran sebuah sekolah menengah di Taman Yarl dekat Jalan Klang Lama, di sini. – BERNAMA

Tags: azanlemas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

IbuBapa Kanak-kanak Dipercayai Lemas Tunggu Di Lokasi Dengan Lauk Kegemarannya…

IbuBapa Kanak-kanak Dipercayai Lemas Tunggu Di Lokasi Dengan Lauk Kegemarannya…

30/04/2026
0

Sungguh Menyedihkan.....   Ibu-bapa tunggu di lokasi kejadian anak hilang..sambil membawa makanan kegemarannya dan berterusan memanggil nama anak mereka agar...

Tunku Mahkota Ismail Minta Mesyuarat Ditangguhkan Hormati Azan

Tunku Mahkota Ismail Minta Mesyuarat Ditangguhkan Hormati Azan

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mengambil peluang melontarkan pelbagai kritikan dan teguran berhubung keadaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd