• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pegawai, Anggota JPJ Sabah Lafaz Ikrar Bebas Rasuah

oleh Ahmad Albab
15/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Sejumlah 320 pegawai dan anggota di ibu pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah hari ini melafazkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sebagai usaha membantu memerangi rasuah dan salah guna kuasa.

Bacaan ikrar itu diketuai Pengarah JPJ Sabah Sadim Abdul dilafazkan di hadapan Ketua Pengarah JPJ Malaysia Datuk Saharuddin Khalid dan disaksikan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah Datuk Sazali Salbi.

Sazali dalam ucapannya berkata inisitif JPJ Sabah melaksanakan IBR jelas menunjukkan komitmen jabatan itu untuk terus berusaha bersama-sama SPRM bagi menjadikan negara bersih dan bebas daripada kegiatan rasuah.

“Sokongan dan komitmen seluruh warga kerja JPJ Sabah secara tidak langsung akan menjadi pembakar semangat kepada seluruh warga kerja SPRM untuk terus berjuang melaksanakan tugas dan tanggungjawab memerangi rasuah dan salah guna kuasa secara habis-habisan,” katanya.

Beliau berkata langkah ini jelas menunjukkan kepimpinan JPJ Sabah mahu berkhidmat dalam suasana kerja yang kondusif dan bebas rasuah demi menjalankan amanah kepada rakyat.

Sementara itu, Sadim berkata majlis itu juga dijalankan serentak di kesemua pejabat cawangan JPJ di seluruh Sabah iaitu di Sandakan, Tawau, Lahad Datu, Keningau dan Labuan.

“JPJ Sabah akan sentiasa memberikan kerjasama padu kepada SPRM bagi memastikan semua pegawai dan kakitangan JPJ tidak terlibat dalam sebarang bentuk jenayah rasuah dan salah guna kuasa,” katanya. – BERNAMA

Tags: Lafaz IBR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kira-Kira 500 Warga Kerja Yayasan Sabah Lafaz IBR

03/10/2017
0

KOTA KINABALU - Kira-kira 500 warga kerja Yayasan Sabah melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) hari ini sebagai usaha...

NGO Pulau Pinang Tandatangan, Lafaz IBR

04/08/2017
0

GEORGE TOWN - Lebih 100 kepimpinan badan bukan kerajaan (NGO) di Pulau Pinang menandatangani dan melafazkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd