• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasangan Bekas Suami Isteri Pecah Rumah Ditahan

oleh Ahmad Albab
08/11/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – Sepasang bekas suami isteri yang giat melakukan aktiviti pecah rumah di sekitar daerah Besut dan Pasir Puteh, Kelantan ditahan polis di sebuah taman perumahan dekat Jertih di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi memberitahu suspek ditahan setelah polis menemui pelbagai barangan curi di sebuah rumah di Taman Desa Saujana dekat Jertih di sini.

Katanya, suspek lelaki yang berusia 26 tahun dan bekas isterinya, 23, merupakan penduduk tempatan yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan.

“Dalam serbuan kira-kira pukul 5 petang semalam, polis menemukan beberapa jenis barang elektronik termasuk barang kemas serta wang tunai.

“Antara barangan tersebut ialah lapan unit komputer riba, dua bentuk cincin emas, dua unit kamera jenama Canon dan Nikon, seutas gelang tangan emas, dua unit tablet, dua unit telefon bimbit, wang tunai berjumlah RM200 dan alatan pecah rumah serta dokumen peribadi mangsa termasuk kad pengenalan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Mohd Zamri lagi, siasatan awal mendapati suspek mengaku terlibat dalam kes pecah rumah dan sekolah termasuk di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Putera, Sekolah Kebangsaan (SK) Pusat Jertih, SK Tempinis, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan dan Sekolah Menengah (SM) Sains Pasir Puteh, Kelantan.

Katanya, polis telah bertindak menangkap suspek yang sudah bercerai itu berdasarkan laporan kes pecah pejabat dan rumah guru di MRSM Kota Putera yang berlaku malam semalam.

Kedua-dua suspek kini ditahan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana kesalahan pecah masuk pejabat dan curi. – BERNAMA

Tags: Kes Pecah Rumah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemain Bola Terbabit Kes Pecah Rumah Disambung Reman 7 Hari Lagi

Pemain Bola Terbabit Kes Pecah Rumah Disambung Reman 7 Hari Lagi

10/07/2023
0

PONTIAN: Bekas pemain bola sepak dan rakannya yang ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kes pecah rumah pada minggu lalu,...

Geng Pecah Rumah Dan Samun Tumpas

28/12/2018
0

PORT DICKSON - Polis menumpaskan kumpulan pecah rumah, curi dan samun yang dikenali 'Geng Dini' ekoran penahanan tiga lelaki di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd