Friday, March 1, 2024

Creating liberating content

Hubungan Malaysia-Arab Saudi Berada...

RIYADH - Raja Arab Saudi Salman Abdulaziz Al-Saud berpendapat hubungan Malaysia dan negaranya...

Mat Sabu Pertikai Peguam...

Pakatan Rakyat hari ini mahu Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mendedahkan...

Dr. Abd. Latif Dilantik...

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Datuk Dr. Abd....

Jenazah Nik Abdul Aziz...

JENAZAH Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selamat dikebumikan di...

Nuri Sahin Bersara Di Usia 29 tahun

ISTANBUL – Pemain tengah Borussia Dortmund, Nuri Sahin mengumumkan persaraannya daripada arena antarabangsa selepas Turki gagal melangkah ke Piala Dunia, meskipun baharu berusia 29 tahun.

“Saya ingin mengumumkan yang saya akan menamatkan karier bersama pasukan kebangsaan,” kata Sahin menerusi akaun Twitter dan Instagram.

Katanya, dia mahu memberi peluang kepada pemain generasi baharu mengisi slot pasukan negaranya.

Diangkat sebagai Pemain Terbaik Bundesliga pada tahun 2011, pemain kelahiran Jerman itu sudah membuat 52 penampilan bersama Turki dan mempunyai dua rekod jaringan dalam diari karier antarabangsanya.

Turki ditunjuk jalan keluar daripada saingan Piala Dunia apabila Iceland menjuarai peringkat kumpulan dan Croatia meraih slot playoff apabila muncul selaku antara pasukan naib juara terbaik di Eropah. – AFP/BH ONLINE

Kategori