• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Negara Stabil Mampu Tarik Lebih Ramai Pelancong

oleh AK-47
30/11/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Negara yang baik tanpa pergolakan serta stabil politik semasanya mampu menarik kehadiran lebih ramai pelancong ke negara ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Tan Sri Isa Abdul Samad.

Beliau berkata jika berlaku kekecohan di negara ini, ia boleh menakutkan pelancong dan menjejaskan sektor pelancongan yang akhirnya akan mengambil masa untuk memulihkan persepsi mereka yang ingin berkunjung.

“Oleh itu, saya percaya bahawa kestabilan di dalam negara amat penting bagi sektor pelancongan untuk membina keyakinan kepada pelancong terutama dari luar negara.

“Perubahan yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan mengambil pendekatan untuk membangunkan negara dari segi pengangkutan juga merupakans sesuatu yang kita boleh banggakan kerana dapat menarik pelancong,” katanya.

Beliau berucap demikian pada Majlis Jalinan Mesra MATTA (Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia) Negeri Sembilan Chapter di sini, malam tadi.

Turut hadir Pengerusi MATTA Negeri Sembilan Chapter Mohd Azri Abd Razak serta Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Sembilan Yusnaliza Md Yusop.

Selain infrastruktur yang lengkap serta pembangunan yang pesat, pemain industri seperti MATTA seharusnya membuat promosi hingga ke luar negara untuk menimbulkan minat pelancong berkunjung, lebih-lebih lagi sempena Tahun Melawat Malaysia 2020, katanya. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Isa Abdul Samad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd