NAMA pelakon ini terus melonjak naik seperti roket selepas kontroversi ‘drama’ putus cinta dengan penyanyi, Nabila Razali menjadi bualan dalam kalangan netizen.
Bukan itu sahaja, malah kisah pasangan ini pernah menjadi trending serta viral di media sosial.
Ekoran perkara berkenaan menjadi viral, pemilik nama sebenar Mohammed Addy Ashraf Rosmadi menerima kritikan yang agak teruk sehingga ada yang memanggilnya dengan pelbagai gelaran.

Baca: Aedy Ashraf Akui Tidak Selesa Kongsi Hal Peribadi
Meskipun dihujani oleh ribuan kata kesat, Aedy sama sekali tidak menyalahkan masyarakat berhubung perkara berkenaan.
Bukan itu sahaja, malah Aedy juga dilihat tidak mudah melatah sebaliknya menerima kritikan tersebut sebagai asam garam dalam dunia artis.
“Memang ada komen-komen ‘nakal’ yang ditulis di ruangan komen gambar-gambar Instagram saya namun saya tidak mengambilnya sebagai perkara yang terlalu serius.
“Itu hak mereka untuk memberikan komen dan pandangan masing-masing.
“Bagi, saya asalkan tidak melampau saya terima segala komen dan kritikan itu dalam sudut yang membina,” katanya memetik portal Astro Gempak.

Sejak November lalu, dunia hiburan tanah air gempar dengan ‘perdebatan’ mengenai hubungan ‘cinta’ antara Aedy dan Nabila sehinggakan pasangan tersebut teruk ‘diserang’ oleh netizen.
Juga: Nabila Razali, Aedy Ashraf Kini Hangat Dilamun Cinta?
Lagi: Muat Naik Video Kecewa, Nabila Tuju Untuk Aedy?
Bagaimanapun, spekulasi berkenaan tamat selepas Nabila menjelaskan situasi sebenar bahawa ‘kisah’ antara mereka itu hanyalah sekadar mempromosi muzik video terbarunya.
Kaitan: “Sekadar Kongsi Dengan Peminat, Bukan Aedy”
Baca: Kisah Cinta Nabila Razali, Aedy Ashraf Hanya ‘Drama’
Haih… Hakak ni dah lama perhati, zaman sekarang ni macam-macam cara dan gimik orang buatkan semata-mata nak curi perhatian umum. Sabar je lah dek non… – MYNEWSHUB.CC/AM