• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Hargai Sambutan Mesra Penduduk Kedah

oleh Ahmad Albab
01/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KEDAH – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghargai sambutan penuh mesra daripada seluruh lapisan masyarakat semasa kunjungannya ke Kampung Seberang Kota di sini pagi ini.

“Terima kasih kerana menerima kehadiran saya dengan penuh kemesraan dan diharap agar hubungan ini akan terus terjalin.

“Saya berazam agar Kuala Kedah akan terus maju di bawah kepimpinan kerajaan Barisan Nasional,” katanya semasa melawat Pasar Nelayan Seberang Kota di sini hari ini.

Perdana menteri dilihat berselera menjamah pelbagai juadah kampung yang sukar didapati di Kuala Lumpur atau Putrajaya dan berbual mesra dengan pengunjung warung di pasar berkenaan.

Sementara itu Rasyida Mohd Nor, 38, yang merupakan pemilik warung Paklong di pasar nelayan itu berkata lawatan pemimpin negara itu menjadi sejarah paling berharga dalam hidupnya kerana berpeluang menyediakan pelbagai menu untuk dijamah perdana menteri.
​​​​​​​
“Bila dapat tahu perdana menteri yang datang ke warung, saya rasa sangat bangga dan tak tahu macam mana nak gambarkan kegembiraan itu.

“Tiga hari saya buat persiapan untuk pastikan semuanya sempurna untuk dihidang kepada beliau, ada pulut sambai, pulut ikan masin, peknga dan teh O,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu peniaga di pasar nelayan, Ku Norhafizah Ku Ismail, 36, berkata, dia berasa sangat teruja kerana berpeluang bertemu pemimpin nombor satu negara itu secara dekat.

“Saya sangat terharu dan gembira serta berharap setelah perdana menteri lihat sendiri kehidupan di sana, beliau dapat menyediakan kemudahan yang lebih baik untuk rakyat,” katanya.

Seorang petani, Ahmad Saad, 67, dari Kampung Telok Talipon pula berkata beliau menyokong penuh kepimpinan perdana menteri dan mengucapkan jutaan terima kasih atas pengumuman peruntukan kepada golongan nelayan, petani serta peladang pada pembentangan Bajet 2018.

Kamarudin Saad, 57, yang merupakan nelayan, pula berkata bantuan RM300 yang diterima daripada kerajaan juga sangat dihargai, namun tetap berharap ia dapat ditambah mmemandangkan kos sara hidup yang makin meningkat.

Kerajaan buat pertama kali dalam sejarah negara memberi peruntukan paling besar kepada pesawah, petani, peladang, nelayan, pekebun kecil, penternak dan penoreh getah, berjumlah RM6.5 bilion, menerusi pembentangan Bajet 2018 baru-baru ini. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Elyana Tak Kisah Berkaki Ayam Ketika Menyanyi

Next Post

Haqiem Rusli Beli ‘Lancer’ Hasil Titik Peluh Sendiri

Related Posts

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

04/05/2025
0

Kuala Lumpur: Keputusan sama ada Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi dikemukakan Datuk Seri Najib Razak untuk menggugurkan tiga lagi...

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

05/03/2025
1

SHAH ALAM - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil saksi ke-13 iaitu Penolong Pesuruhjaya Kanan,...

Next Post

Haqiem Rusli Beli 'Lancer' Hasil Titik Peluh Sendiri

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd