• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Adakan Pertemuan Tertutup UMNO/BN Kedah

oleh AK-47
02/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan pertemuan tertutup dengan Badan Perhubungan UMNO serta pemimpin Barisan Nasional (BN) Kedah di sebuah hotel terkemuka di sini, malam ini.

Pertemuan itu, yang bermula pada 9 malam berakhir kira-kira sejam kemudian, turut dihadiri Menteri Besar Kedah yang juga Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Turut menghadiri pertemuan itu ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN), ketua-ketua UMNO Bahagian, pemimpin parti komponen BN dan sayap parti.

Bagaimanapun tiada kenyataan dikeluarkan sehingga kini mengenai pertemuan itu.

Terdahulu Najib yang juga Pengerusi BN menghadiri majlis makan malam bersama lebih 200 pimpinan UMNO dan BN negeri di hotel sama.

Pertemuan tersebut merupakan program terakhir Najib di Kedah dalam rangka lawatan kerja seharinya, sebelum berangkat pulang ke ibu negara.

Pagi tadi beliau menghadiri jadual yang padat dengan bersarapan dengan penduduk kampung di Kampung Seberang Kota, Kuala Kedah dan melawat pasar nelayan di kampung berkenaan yang merupakan antara jeti pendaratan hasil laut paling terkenal di negeri ini.

Perdana Menteri kemudiannya mengadakan pertemuan tertutup dengan barisan kepimpinan negeri di Wisma Darul Aman dan menghadiri perhimpunan penjawat awam di Stadium Sultan Abdul Halim di Suka Menanti sebelum melawat loji rawatan air Syarikat Air Darul Aman di Pokok Sena.

Najib turut melawat rumah seorang penoreh getah, Mansor Salleh, 60, di Kampung Belukar, Pokok Sena sebelum menghadiri program bersama rakyat bagi menyampaikan bantuan musim tengkujuh kepada pekebun kecil di Dataran Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda). – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Negara Perlukan Penjawat Awam Berfikir Luar Kotak

Next Post

JR Senjata UMNO Paling Kuat Perkasakan Parti

Related Posts

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

04/05/2025
0

Kuala Lumpur: Keputusan sama ada Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi dikemukakan Datuk Seri Najib Razak untuk menggugurkan tiga lagi...

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

05/03/2025
1

SHAH ALAM - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil saksi ke-13 iaitu Penolong Pesuruhjaya Kanan,...

Next Post

JR Senjata UMNO Paling Kuat Perkasakan Parti

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd