• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Murid Naik Bot Redah Bah, Cucu Tun M Santai Bot Mewah

oleh
13/11/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MASIH terbayang lagi madah hebat Tun Dr. Mahathir Mohamad menerusi laman blog miliknya apabila beliau menulis, “Jika mahu lihat pemimpin yang amal rasuah, lihatlah gaya hidupnya itu!”

Catatan pujangga berkenaan ditulis sendiri oleh Pengerusi PPBM yang juga Pengerusi Pakatan Harapan kononnya sebagai bahan pengajaran mahu ditujukan istimewa kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri.

Namun, apa yang didedahkan oleh cucu Mahathir jelas menunjukkan imej sebaliknya. Dalam banyak gambar yang dimuat naik menerusi akaun media sosial nyata menampakkan betapa mereka hidup bergaya penuh kemewahan.

Ia disiarkan ketika datuk mereka mendakwa kononnya rakyat Malaysia sedang hidup dalam kesusahan akibat kesan pemerintahan Najib dan oleh sebab itu, Mahathir bertindak bangkit melancarkan slogan Selamatkan Malaysia!

Baca: Kisah Pak Jamal Jamu Warga Kota Percuma Setiap Hari

Bukan cemburu dengan kemewahan yang mereka nikmati, cuma timbul persoalan, adakah ini dinamakan Mahathir sebagai hidup dalam tekanan di Malaysia? Kesemua gambar ini dirakam di luar negara dan bukannya di Malaysia.

Adakah mereka ini begitu terseksa di Malaysia sehingga menghabiskan usia muda mereka di negara asing? Malah, ada kata-kata ‘nakal’ netizen yang begitu hairan, dari mana cucu-cucu Mahathir ini memperoleh kekayaan mega?

Memang benar, anak-anak beliau termasuk dirinya menguasai 488 syarikat; kebanyakan diperoleh hasil pengaruh ‘hebat’ Mahathir itu sendiri sepanjang 22 tahun pernah memerintah Malaysia secara ‘keras’ suatu ketika dahulu.

Namun dari gaya hidup mereka termasuk mampu ceria melancong dan berada di tempat mewah serta memiliki bot sendiri, ramai keliru sama ada gambar ini sahih cucu Mahathir ataupun cucu Raja Dadah Colombia, Pablo Escobar?

Juga: Netizen Kutuk Wan Azizah Tinjau Jauh Mangsa Banjir

Umum maklum Escobar semasa hayatnya cukup mewah hasil jualan dadah, malah beliau sendiri sanggup jemput wartawan rakam gambar beberapa buah bot persiarannya demi menunjukkan kekayaan luar biasa yang dimilikinya.

Inilah yang berlaku kepada cucu-cucu Mahathir yang kononnya mendakwa, hidup susah di Malaysia dan perlu sebuah kerajaan baharu bagi menggantikan kerajaan Barisan Nasional diterajui UMNO sedia ada sejak merdeka.

Gambar eksklusif ini didedahkan ramai netizen menerusi laman Facebook bernama Sudahlah Mahathir minggu lalu sehingga menjadi tular ketika penduduk Pulau Pinang ‘letih’ naik bot ke pusat pemindahan sementara akibat banjir.

Nampaknya, slogan Mahathir untuk menyelamatkan Malaysia hanyalah retorik langsung tidak boleh pakai. Jika benar beriya-ia mahu selamatkan Malaysia, kenapa tidak pula sumbang kepada mangsa banjir di Pulau Pinang itu.

Lagi: Parti Hari Jadi Ke-90 Tun M Memang Hebat Meriah

Sebaliknya apa yang berlaku, ramai calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di negeri itu terpaksa diangkut ke pusat peperiksaan dengan menaiki bot agensi penyelamat demi mengharungi air bah dan juga mengelak pakaian basah.

Anehnya sebaik sahaja selepas terbongkar rahsia ini, individu terbabit tiba-tiba menutup akses akaun media sosial mereka kepada netizen untuk dapat menyaksikan sendiri sambil menghayati gaya hidup mewah tersebut. Alahai!!!

Jangan lupa parti mewah sambutan hari lahir ke-90 tahun Mahathir diraikan meriah pengikutnya bergaya Barat ala James Bond ketika Najib pula cuma mampu jemput pelajar tahfiz baca doa selamat menyambut tarikh kelahirannya.

Kesimpulannya, gaya hidup anak dan cucu Mahathir itu lebih dijadikan keutamaan berbanding nasib penyokong tegar pembangkang yang setiap hari terpaksa ‘mengeluh’ hidup susah di Malaysia. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

* Video bertajuk ‘Kepala Bapak Kau Punya’ di bawah ini sekadar hiasan…

Share196Tweet123SendShare
Previous Post

UPNM: Mahkamah Benarkan Kes Dibicarakan Bersama

Next Post

Kes Muhyiddin Batal Saman Mohd Anas 19 Januari

Related Posts

Dua Van Kilang Bertembung, Pemandu Tersepit

Dua Van Kilang Bertembung, Pemandu Tersepit

18/05/2025
0

BAYAN LEPAS – Seorang lelaki cedera selepas tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dalam kemalangan membabitkan dua buah van kilang...

Tawaran Kemasukan Tingkatan Enam Boleh Disemak Mulai Esok

Tawaran Kemasukan Tingkatan Enam Boleh Disemak Mulai Esok

18/05/2025
0

Kuala Lumpur: Semakan tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2025 boleh dibuat secara dalam talian mulai esok melalui...

Next Post

Kes Muhyiddin Batal Saman Mohd Anas 19 Januari

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd