• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mr. Bean Bakal Jadi Bapa Lagi Pada Usia 62 Tahun

oleh
12/11/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Pelakon watak komedi terkenal Mr. Bean iaitu Rowan Atkinson, bakal menjadi bapa buat kali ketiga pada usia 62 tahun, lapor media Britain di sini pada Ahad.

Menurut portal tempatan Astro Awani, pasangannya yang belum lagi dikahwini secara rasmi, Louise Ford, dan juga merupakan seorang pelakon, dilaporkan bakal melahirkan bayi mereka dalam beberapa minggu lagi.

Ford mula mengenali Atkinson ketika mereka berdua secara kebetulan pula terlibat dalam satu pementasan teater di West End dekat sini pada 2012 lalu ketika aktor tersebut masih lagi berstatus sebagai suami orang.

Atkinson bagaimanapun bercerai dengan isterinya Sunetra Sastry pada 2014, dan mula keluar bersama Ford yang berusia 33 tahun itu secara serius beberapa minggu selepas itu pula, menurut laporan Astro Awani.

Menurut sumber rapat dengan pelakon tersebut seperti yang dipetik dalam laporan akhbar The Mirror, Atkinson sudah berasa tidak sabar untuk menyambut ceria kelahiran orang baharu dalam hidupnya.

“Sudah lama beliau (Atkinson) tidak merasai perasaan sedemikian. Sekali lagi menjadi bapa selepas bertahun-tahun, tentu beliau sangat teruja,” kata sumber berkenaan yang dipetik oleh MediaCorp Singapura.

Bersama bekas isterinya yang dikahwini pada 1990 lalu, Atkinson memiliki dua orang anak, Ben, 23, dan Lily, 21. Mereka kali pertama bertemu pada 1980-an ketika Sastry bertugas sebagai jurusolek artis di stesen BBC.

Sebelum ini, hubungan Atkinson dengan anak-anaknya, terutama Lily, dilaporkan tegang selepas beliau dikatakan tidak merestui kerjaya anak perempuannya itu sebagai penari burlesque. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Mr. BeanRowan Atkinson
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Gaya Bodoh Punca Barat Enggan Kawad Ala Komunis!

01/08/2018
0

BONGKAR... Ketika Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dikritik teruk netizen kerana kawad Goose Step yang didakwa gaya ala askar negara komunis,...

Mr. Bean Rai Ulangtahun Ke-25 Di Hadapan Istana Buckingham

08/09/2015
0

BUAT individu yang membesar dengan sitkom lelaki 'bodoh-bodoh alang' Mr. Bean pasti sangat menggemari siri komedi yang dipersembahkan dengan jayanya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd