• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohon Penduduk Disegerakan Pembinaan Jambatan

oleh AK-47
30/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETIU – Sudah lebih 30 tahun penduduk Kampung Sri Bayas di sini ‘berduka’ setiap kali musim tengkujuh tiba ekoran terputus hubungan apabila jambatan yang menghubungkan kampung itu dengan Kampung Padang ditenggelami air.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan Keselamatan Kampung (J3K) Kampung Sri Bayas Wan Ghafar Wan Mamat, 53, berkata jambatan itu merupakan laluan utama penduduk ke kampung bersebelahan, namun apabila tiba musim banjir penduduk terpaksa menggunakan bot sebagai alternatif untuk ke kampung sebelah.

Sebelum ini katanya, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permaisuri, Datuk Mohd Jidin Shafie memberikan sebuah bot untuk kegunaan orang kampung.

“Pihak JKKK juga melantik seorang penduduk kampung untuk mengendalikan bot dan penduduk menggunakan kemudahan tersebut tanpa sebarang bayaran,” katanya kepada Bernama di sini.

Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan negeri dapat segera membina jambatan baharu bagi kemudahan penduduk kampung untuk berulang-alik ke bandar terutama ketika musim tengkujuh.

Pengendali bot Zahari Salleh @ Yusof, 39, berkata beliau dilantik oleh pihak JKKK sebagai pengendali bot sejak lima tahun lepas dan beliau menjalankan tanggungjawab tersebut dengan sukarela.

Katanya, pekerjaan itu dilakukan kerana atas rasa tanggungjawab untuk membantu penduduk kampung yang ingin keluar bekerja dan keluar mencari bekalan makanan semasa banjir.

“Saya tidak kisah jika tidak dibayar untuk melakukan pekerjaan ini, asalkan saya mampu membantu penduduk setempat,” katanya.

Sementara itu, Mohd Jidin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Kerajaan negeri ketika dihubungi Bernama berkata permohonan untuk membina jambatan baharu di Kampung Sri Bayas telah diajukan kepada pihak yang berkenaan, namun permohonan itu masih dalam proses menunggu keputusan.

“Jika perlu kita akan membuat permohonan baharu pada tahun hadapan bagi merealisasikan pembinaan jambatan di kampung berkenaan.

“Buat masa ini, kita juga menghantar bekalan makanan selain daripada meminta pihak polis memantau keadaan terutamanya ketika banjir,” kata Mohd Jidin. – BERNAMA

Tags: jambatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tunggul Kayu Hentam Jambatan Padang Tengku, JKR Sahkan Struktur Selamat Dilalui

Tunggul Kayu Hentam Jambatan Padang Tengku, JKR Sahkan Struktur Selamat Dilalui

10/01/2026
0

LIPIS: Jabatan Kerja Raya (JKR) Lipis mengesahkan Jambatan Padang Tengku di Seksyen 112.20, Jalan Lipis–Gua Musang (FT008) selamat dan boleh...

Sebahagian Jambatan Hongqi di Provinsi Sichuan, China Runtuh Menjadi Debu

Sebahagian Jambatan Hongqi di Provinsi Sichuan, China Runtuh Menjadi Debu

12/11/2025
0

Oleh Mynewshub  Maerkang, Provinsi Sichuan (11 November 2025) – Sebahagian daripada Jambatan Hongqi sepanjang kira-kira 758 meter di provinsi barat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd