• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mnangagwa Dijangka Kembali Semula Ke Zimbabwe

oleh Ahmad Albab
21/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

HARARE – Bekas Naib Presiden Zimbabwe, Emmerson Mnangagwa yang dipecat dua minggu lalu, dijangka akan kembali semula ke negara itu dalam waktu terdekat, kata Ketua Angkatan Tentera, Constantino Chiwenga lapor agensi berita China Xinhua.

Chiwenga berkata, demikian pada satu sidang akhbar, susulan perbincangan antara Presiden Robert Mugabe dengan Mnangagwa.

“Selepas itu, rakyat akan dimaklumkan mengenai hasil perbincangan antara kedua-dua pihak,” kata Chiwenga.

Beliau berkata pada masa sama, Mugabe, yang dipecat sebagai pemimpin parti ZANU-PF pada Ahad, memulakan proses ke arah penyelesaian muktamad dan hala tuju negara.

“Berikutan keadaan itu, kami sebagai Angkatan Tentera Zimbabwe (ZDF) dan perkhidmatan keselamatan negara, mendesak warga Zimbabwe untuk bertenang dan bersabar, mematuhi serta menghormati sepenuhnya undang-undang negara,” kata Chiwenga.

Operasi tentera ZDF dikenali “Operation Restore Legacy”, juga dihentikan, katanya.

“Kami yakin dapat mengembalikan negara tercinta kepada sediakala dan menetapkan sasaran pembangunan yang diingini,” katanya.

Chiwenga turut menggesa masyarakat Zimbabwe, untuk mengelakkan sebarang tindakan atau aktiviti yang mengancam keamanan, kehidupan dan harta benda, selain meminta penuntut universiti bertenang dan meneruskan pengajian mereka seperti dijadualkan.

ZDF mengeluarkan kenyataan tersebut selepas parti pemerintah ZANU-PF pada Ahad memecat Mugabe sebagai pemimpin parti dan menggantikannya dengan Mnangagwa.

Parti itu juga, memutuskan untuk meneruskan gerakan pemecatan Mugabe di Parlimen pada Selasa, hari yang sama beliau akan mempengerusikan mesyuarat kabinet.

Susulan rampasan kuasa tentera Rabu lalu, Zimbabwe dibelenggu kegawatan politik memandangkan rakyat dan parti politik bersatu, mendesak Mugabe meletakkan jawatan.

Sebaliknya, Mugabe dalam ucapannya di televisyen pada Ahad berkata, beliau akan mempengerusikan kongres parti bulan depan untuk menangani segala permasalahan yang wujud. – BERNAMA

Tags: Emmerson Mnangagwa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keselamatan Mugabe, Keluarganya Adalah Terjamin

24/11/2017
0

HARARE - Bakal presiden baharu Zimbabwe, Emmerson Mnangagwa berikrar bahawa keselamatan bekas presiden, Robert Mugabe dan keluarganya di negara itu...

Emmerson Mnangagwa Angkat Sumpah Jumaat

22/11/2017
0

HARARE - Bekas Naib Presiden, Emmerson Mnangagwa akan mengangkat sumpah sebagai Presiden Zimbabwe yang baharu pada Jumaat, lapor agensi berita...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd