Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Wanita Filipina Bersalin Atas...

GARA-gara terperangkap dalam kesesakan teruk lalu lintas yang disebabkan penganjuran sidang kemuncak antarabangsa...

Bukan Niat Campur Tangan...

KUALA LUMPUR - Susulan insiden kebakaran pusat tahfiz di sini yang mengorbankan 23...

Berita Kematian Lan Pet-Pet...

PORTAL Sinar Harian hari ini menafikan sekeras-kerasnya penyiaran artikel yang bertajuk "Al-Fatihah, Takziah Pelawak...

Moratorium, Bantuan Bank Bersasar...

KERAJAAN melanjutkan moratorium dan bantuan bank bersasar selama tiga bulan, khusus untuk golongan...

Miliki Wang Palsu, Pemandu Teksi Dipenjara 12 Bulan

PETALING JAYA – Seorang pemandu teksi dijatuhi hukuman dipenjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah memiliki 11 keping wang kertas palsu RM100, Disember tahun lepas.

Majistret Nurulhuda Zakariya menjatuhi hukuman itu terhadap Lee Meng Tah, 47, selepas dia mengaku bersalah memiliki wang kertas palsu berjumlah RM1,100 dan dengan niat untuk menggunakannya sebagai wang tulen.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula hari ini.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah pangsapuri, di Jalan Wawasan 2/3, Pusat Bandar Puchong, dekat sini, pada 9.30 malam, 9 Disember tahun lepas.


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 489C Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Natasha Chin Le Jy. – BERNAMA

Kategori