• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Enam Warga China Didakwa Merusuh Polis

oleh AK-47
17/11/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Enam warga negara China termasuk seorang wanita hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan merusuh dengan menggunakan kekerasan bagi tujuan mendatangkan kecederaan terhadap empat anggota polis di sini, Sabtu lalu.

Mereka ialah Zhao Jianzhong, 51; Cao Yong Jun, 45; Wu Yinhua, 26; seorang wanita Zhu Suhong, 48; Zhang Jinping, 48 dan Guo Jianhui, 51, kesemuanya bekerja di tapak pembinaan, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu terhadap empat anggota polis dari Balai Polis Tun H.S. Lee di sini di Jalan Abraham off Jalan Imbi, pada jam 11.36 malam, 11 Nov lalu.

Pertuduhan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, K. Vasugi mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Peguam Dexter Chua, yang mewakili kesemua tertuduh, memohon jaminan dibenarkan dengan jumlah minimum atas alasan kesemua anak guamnya bersetuju menyerahkan pasport dan melapor diri di balai polis berdekatan pada setiap bulan.

Siti Radziah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan dua penjamin warga tempatan berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah serta melaporkan diri di balai polis berdekatan dua kali sebulan.

Mahkamah menetapkan 19 Dis ini untuk sebutan semula kes.

Media sebelum ini melaporkan bahawa polis terpaksa melepaskan empat das tembakan bagi mempertahankan diri apabila diserang sekumpulan lelaki warga China ketika membuat pemeriksaan setelah menerima maklumat bahawa pekerja kontrak tersebut berjudi di halaman rumah kongsi mereka. – BERNAMA

Tags: Merusuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

14 Ditahan Kerana Merusuh, Khianat

14 Ditahan Kerana Merusuh, Khianat

05/03/2025
3

Johor Bahru : Polis menahan 14 lelaki yang dipercayai terbabit kes merusuh dan khianat di hadapan sebuah pusat sukan, di...

18 Individu Termasuk Dua Wanita Didakwa Merusuh

18 Individu Termasuk Dua Wanita Didakwa Merusuh

29/11/2024
0

BALIK PULAU - Seramai 18 individu termasuk dua wanita yang terlibat dengan pergaduhan di hadapan Queen Water Front Q1 Bayan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd