• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Melaka Nafi Guna Wang Kerajaan Untuk Kerja Parti

oleh AK-47
21/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kerajaan negeri menafikan dakwaan menggunakan wang kerajaan untuk urusan parti politik bagi menganjurkan Program Tahunan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional Semalaysia (PTIWRBNM) yang berlangsung di negeri ini, bermula esok hingga 26 Nov ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Naim Abu Bakar dalam kenyataan hari ini berkata dakwaan dilemparkan Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Keroh Khoo Poay Tiong itu tidak berasas sama sekali.

Beliau meminta agar Khoo memastikan kesahihan sesuatu maklumat sebelum membuat sebarang kenyataan kerana kerajaan negeri tidak terlibat dalam menyediakan sebarang peruntukan untuk penganjuran PTIWRBNM.

“PTIWRBNM adalah program yang dilaksanakan di negeri yang ditetapkan secara bergilir dan Melaka dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi 2017 (tahun ini). Pihak kerajaan negeri hanya menyumbang jamuan makan malam rasmi kerajaan negeri pada 23 dan 25 Nov,” katanya.

Sementara itu, Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron yang ditemui pemberita hari ini berkata kerajaan negeri mengeluarkan perbelanjaan jamuan makan malam itu sebagai menyambut tetamu dan beliau berharap Khoo menyemak fakta sebelum melemparkan sebarang dakwaan.

Khoo, yang juga Ketua Pembangkang DUN Melaka, menerusi akaun Facebook miliknya mendakwa kerajaan negeri telah salah guna kuasa dengan mengunakan dana awam untuk kerja parti politik dengan menganjurkan PTIWRBNM dan akhbar berbahasa cina turut melaporkan dakwaan Khoo itu. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Naim Abu BakarGuna Wang Kerajaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd