• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Melaka Bentang Bajet 2018 Berjumlah RM373.67j

oleh AK-47
27/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA — Kerajaan negeri Melaka hari ini membentangkan Bajet 2018 melibatkan peruntukan berjumlah RM373.67 juta dengan lebihan RM280,000, sekali gus mencatatkan bajet lebihan ke-14 berturut-turut sejak tahun 2005.

Ia merangkumi perbelanjaan mengurus berjumlah RM269.67 juta dan perbelanjaan pelbagai pemberian sebanyak RM104 juta dengan anggaran hasil sebanyak RM373.95 juta pada tahun depan.

Jumlah bajet yang disediakan pada tahun depan itu turut menyaksikan peningkatan peruntukan kira-kira tujuh peratus berbanding Bajet 2017 berjumlah RM348.78 juta.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata daripada perbelanjaan mengurus itu, sebanyak RM110.15 juta diperuntukkan untuk bayaran emolumen bagi pegawai tetap; perkhidmatan dan bekalan (RM156.39 juta) dan bayaran emolumen pegawai kontrak serta pembelian aset berjumlah RM3.13 juta.

“Bajet lebihan menunjukkan kerajaan negeri terus berusaha memperkukuh sumber kewangan negeri dengan meningkatkan kutipan hasil dan menanam sifat berbelanja secara berhemah,” katanya ketika berucap membentangkan Bajet 2018 di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di sini, hari ini.

Beliau berkata daripada anggaran kutipan hasil, sebanyak RM153.95 juta merupakan hasil cukai, hasil bukan cukai (RM163.4 juta) dan terimaan bukan hasil sebanyak RM56.6 juta.

Katanya, perbelanjaan pelbagai pemberian berjumah RM104 juta itu adalah untuk sumbangan bayaran gaji kakitangan agensi dan anak syarikat, sumbangan kepada persatuan dan badan bukan kerajaan seperti golongan wanita, pasukan keselamatan, anggota veteran dan sebagainya.

“Kutipan hasil dijangka meningkat RM24.94 juta atau 7.15 peratus lebih tinggi berbanding anggaran kutipan hasil pada 2017. Mengambil kira jumlah hasil melebihi jumlah perbelanjaan kerajaan negeri membentangkan bajet lebihan,” katanya.

Beliau berkata bajet itu digubal berlandaskan tiga strategi utama iaitu merangsang ekonomi negeri bagi memperkukuh kualiti hidup rakyat, meneruskan agenda sosial serta pembangunan negeri dan memperkasa pembangunan modal insan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Idris HaronMelaka Bentang Bajet 2018
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mohon UMNO Pusat Batal Kelayakan Idris Bertanding

27/06/2018
0

MELAKA - Anggota Jawatankuasa UMNO Bahagian Tangga Batu memohon kepimpinan tertinggi UMNO pusat membatalkan kelayakan Ketua Bahagiannya, Datuk Seri Idris...

UMNO Melaka Fail Petisyen Cabar Keputusan PRU14

25/06/2018
0

MELAKA - UMNO Melaka telah memfailkan petisyen pilihan raya di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin lepas bagi mencabar keputusan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd