• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mekanik Didakwa Sembunyi Wang Lebih RM50,000

oleh Ahmad Albab
20/11/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Seorang mekanik didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menolong menyembunyikan atau mengalihkan wang tunai berjumlah lebih RM50,000 milik seorang lelaki pada Mei tahun lepas.

Siau Yoke Min, 49, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Maizatul Munirah Abd Rahman.

Siau didakwa dengan curangnya menolong menyembunyikan atau mengalihkan harta Soh Hao Yee, 22, iaitu wang tunai berjumlah RM56,500 ke dalam akaun CIMB miliknya di Public Bank Cawangan Sri Petaling, Brickfields, di sini pada 5 dan 6 Nov 2016.

Dia dituduh mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Noorelynna Hanim Abd Halim menawarkan wang jaminan RM60,000 dengan seorang penjamin namun Siau, yang tidak diwakili peguam, memberitahu dia tidak mempunyai penjamin.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 19 Dis untuk sebutan semula kes.

Di mahkamah majistret berasingan, Siau dan dua rakannya Kamarulzaman Md Noh, 39, seorang ejen pelancongan dan Lau Chee Chong, 39, seorang jurujual mengaku tidak bersalah atas pertuduhan cuba menipu seorang individu, Ooi Eng Beng, 42, menggunakan kad pengenalan milik orang lain bernama Su Ho Siang, 39, dengan tujuan untuk mengambil sebuah telefon di Harvey Norman, yang mana semua tertuduh mengetahui bahawa kad pengenalan Su adalah palsu.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Kondominium Residensi M, Jalan Ampang, di sini pada 12.15 tengah malam, 5 Nov lepas mengikut Seksyen 417/511 dibaca bersama Seksyen 118 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya K.Vasugi tidak menawarkan sebarang wang jaminan kerana tiga-tiga tertuduh, yang tidak diwakili peguam, tidak mempunyai penjamin.

Majistret Siti Radziah Kamarudin menetapkan 27 Dis ini untuk sebutan semula kes dan lantikan peguam. — BERNAMA

Tags: kes mahkamahMekanik
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Harga Minyak Naik: Bincang Beberapa Mekanisme

Next Post

Keamanan Dunia Semakin Berkurangan – Sultan Nazrin

Related Posts

Mekanik Maut, Rakan Parah Nahas Babit 2 RXZ

Mekanik Maut, Rakan Parah Nahas Babit 2 RXZ

10/03/2025
0

KUANTAN: Seorang mekanik maut, manakala rakan parah selepas motosikal Yamaha RXZ ditunggang mereka terbabit dalam kemalangan di Kilometer 211, Lebuhraya...

Lori Terjunam Dalam Jalan Mendap: JKR Serah Pihak Berkuasa Siasat

Mekanik Tidak Mengaku Cuba Bunuh Tunang Bekas Isteri

21/06/2024
1

GEORGETOWN: Seorang mekanik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini. atas tuduhan cuba membunuh seorang lelaki dipercayai...

Next Post

Keamanan Dunia Semakin Berkurangan - Sultan Nazrin

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd