• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keamanan Dunia Semakin Berkurangan – Sultan Nazrin

oleh Ahmad Albab
21/11/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah bertitah dunia kini semakin kurang aman berbanding 10 tahun lepas, berdasarkan Indeks Keamanan Global 2017 oleh Institut Ekonomi dan Keamanan.

Sultan Nazrin menegaskan terdapat 247 peratus peningkatan dalam jumlah kematian akibat keganasan dalam beberapa dekad lepas, dan “tiada sebarang tanda bahawa masalah ini semakin berkurangan”.

“Keganasan mewakili ancaman yang sangat banyak dan semakin hebat terhadap keharmonian antarabangsa, menyebarkan kebimbangan dan ketidakpercayaan serta membawa penderitaan yang tidak perlu terhadap komuniti dan individu,” titah baginda ketika menyampaikan ucaptama dalam Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Dunia keempat (WCIT 2017), di sini hari ini.

Persidangan dua hari mulai hari ini bertemakan ‘Keamanan Global’ dianjurkan oleh Universiti Sultan Azlan Shah, dengan dihadiri peserta dari lebih 15 negara.

Sultan Nazrin bertitah faktor utama lain yang menyumbang kepada keseluruhan penurunan selama 10 tahun itu adalah krisis buruk pelarian yang wujud sejak dekad yang lepas, kesan daripada konflik dalaman, keganasan politik dan penindasan agama.

Mengambil Myanmar sebagai contoh, Sultan Nazrin bertitah krisis Rohingya terus bertambah buruk menerusi apa yang digambarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai ‘contoh jelas pembersihan etnik’.

“Memang sangat sukar untuk menyelaraskan perangkaan dan imej dengan tanggapan bahawa dunia kini semakin menjadi kurang aman berbanding tahun sebelumnya,” titah baginda.

Sultan Perak menarik perhatian bahawa dunia hari ini bukan hanya berdepan dengan masalah yang terlalu lama berlarutan membabitkan pengagihan kekayaan yang tidak saksama antara golongan terkaya dan termiskin di dunia, tetapi turut menyaksikan peningkatan agihan keamanan global yang tidak saksama.

“Matlamat kita untuk mencapai keamanan global, yakni, keamanan yang terbentang luas kepada setiap warga di setiap negara di dunia kita, jelas masih terlalu jauh untuk menjadi kenyataan,” katanya.

Sultan Nazrin menegaskan bahawa “sebuah dunia yang benar-benar aman digambarkan oleh dua nilai Islam iaitu amanah dan inklusiviti, yakni, untuk belajar hidup bersama dengan menunjukkan belas ihsan”.

“Sambil kita meneruskan matlamat bersama untuk mencapai keamanan global, kita mesti tanamkan kedua-dua prinsip ini di dalam minda, berusaha bukan hanya untuk membasmi konflik tetapi untuk mewujudkan sebuah komuniti dunia yang lebih amanah dan inklusif yang mana setiap individu dihargai serta dihormati.

“Beta juga ingin mencadangkan agar selain menjadi matlamat akhir kepada keamanan global, amanah dan inklusiviti juga dijadikan kaedah yang mana keamanan mungkin dicapai,” titah baginda.

Mengenai WCIT 2017, Sultan Nazrin bertitah baginda percaya acara itu akan membantu dalam memandu ke arah pengwujudan lebih banyak komuniti global yang kesudahannya lebih amanah, inklusif dan aman. – BERNAMA

Tags: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahmad Faizal Dipanggil Menghadap Sultan Perak

03/03/2020
0

KUALA KANGSAR - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu masih belum bersedia untuk memberi penjelasan berhubung kedudukan pentadbiran...

Sultan Nazrin Berkenan Lawat MAHA 2018

02/12/2018
0

SERDANG – Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini berkenan melawat pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd