• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MBI Mandulkan Anjing Liar Sekitar Bandar Raya Ipoh

oleh AK-47
27/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) tidak akan membunuh anjing liar yang ditangkap di sekitar bandar raya ini, sebaliknya akan menggunakan kaedah ‘Trap-Neuter-Release’ atau Tangkap-Kasi-Lepas (TNR).

Anggota Majlis MBI, Aldrich Low Guo Nan berkata melalui kaedah itu, haiwan berkenaan akan dimandulkan bagi mengelak pembiakan, sekali gus mengatasi masalah terhadap penduduk termasuk daripada aspek keselamatan.

“Kos pembedahan bagi memandulkan anjing menelan belanja sehingga RM200 seekor dan ia ditanggung oleh komuniti di kawasan setempat,” katanya kepada pemberita selepas operasi menangkap anjing liar di sekitar Taman Bercham Baru di sini, hari ini.

Operasi tersebut turut mendapat kerjasama Persatuan Mencegah Kezaliman Terhadap Binatang Ipoh (ISPCA) serta komuniti setempat.

Mengenai operasi hari ini, Aldrich berkata peningkatan populasi anjing yang semakin tidak terkawal, menimbulkan kebimbangan penduduk di kawasan Taman Bercham Baru.

“Di kawasan ini sahaja, terdapat kira-kira 40 ekor anjing liar. Anjing liar ini kian bertambah kerana ada penduduk yang memberi makan kepada haiwan ini.

“Jadi, ia menjadi isu besar kepada penduduk dekat kawasan ini terutama masalah kesihatan, bukan setakat bau busuk tetapi juga kutu anjing yang masuk sehingga ke kawasan rumah,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk Derlap Singh, 57, berkata masalah anjing liar di kawasan tersebut sememangnya mengganggu penduduk.

“Setiap kali saya mahu keluar rumah mesti akan dikejar anjing-anjing ini, sama ada naik motor atau kereta tetap dikejar. Saya bimbang keselamatan kanak-kanak yang mahu keluar bermain di hadapan rumah,” katanya.

Bagi seorang suri rumah yang hanya ingin dikenali sebagai Ong, setiap malam anjing liar berkenaan akan menyalak sehingga mengganggu tidurnya dan jiran-jiran lain.

“Bukan sahaja kawasan rumah jadi busuk disebabkan najis merata tempat tetapi juga bising…malam mahu tidur juga susah. Kami juga bimbang anjing ini boleh membawa penyakit,” katanya. – BERNAMA

Tags: Anjing Liar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Suri Rumah Pula Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bersenam

Suri Rumah Pula Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bersenam

10/05/2025
0

Gombak: Satu lagi kes serangan anjing liar dilaporkan di kawasan Bandar Tasik Puteri, Rawang di sini, hari ini. Suami mangsa,...

‘Pihak UM Buat Operasi Dalaman Tangani Anjing Liar, Atasi Masalah Kucing Mati Akibat Haiwan Liar’

‘Pihak UM Buat Operasi Dalaman Tangani Anjing Liar, Atasi Masalah Kucing Mati Akibat Haiwan Liar’

10/01/2025
0

KUALA LUMPUR: Pengurusan Universiti Malaya (UM) sudah melakukan operasi dalaman bagi menangani kehadiran anjing liar di kawasan universiti itu susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd