• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MB Johor Jawab Isu Rasuah Pada Sidang DUN Isnin Ini

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI – Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akan menjawab dakwaan yang mengaitkan dirinya dengan rasuah hartanah pada sesi penggulungan perbahasan Bajet 2018 di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Isnin ini.

Bercakap kepada pemberita di luar Persidangan Penggal Kelima DUN ke-13, di sini hari ini, Mohamed Khaled berkata beliau sedar mengenai isu itu dan bersedia menjawab tohmahan tersebut.

“Sebenarnya (ini) perkara mahkamah (perbicaraan sedang berlangsung), jadi tidak boleh cakap di luar (DUN), tunggu Isnin. I’m not going to run, I’m here (Saya tidak akan lari, saya ada di sini),” katanya.

Isnin lepas, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senai Wong Shu Qi dalam perbahasannya pada persidangan itu, membangkitkan dakwaan terhadap Mohamed Khaled yang dituduh menerima sejumlah wang daripada pemaju untuk mengubah status perumahan lot bumiputera kepada lot bukan bumiputera.

Ini susulan penyebaran beberapa dokumen yang dimuat naik oleh sebuah blog yang didakwa kenyataan seorang saksi semasa siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes skandal hartanah membabitkan bekas Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Abd Latif Bandi.

Susulan tindakan blog itu, saksi SPRM tersebut dipercayai telah membuat laporan polis di sini semalam bagi meminta polis menjalankan siasatan terhadap pemilik blog berkenaan. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mujahid Desak UMNO Jelaskan Isu Surat Ismail Kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

Mujahid Desak UMNO Jelaskan Isu Surat Ismail Kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

17/10/2026
0

Oleh Mynewshub PETALING JAYA – UMNO digesa menjelaskan sama ada mengetahui atau merestui surat yang didakwa diutus Menteri Besar Negeri...

Nik Nazmi Sahkan Ditahan JAIS, Mohon Maaf Kepada Isteri Dan Keluarga

Nik Nazmi Sahkan Ditahan JAIS, Mohon Maaf Kepada Isteri Dan Keluarga

17/10/2026
0

OLEH MYNEWSHUB   PETALING JAYA: Pemimpin Bersama, Nik Nazmi Nik Ahmad, mengesahkan beliau antara dua individu yang ditahan Jabatan Agama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd