Thursday, January 23, 2025

Creating liberating content

Status Lelaki Ini Pasal...

"Dikau masuk dalam rumah dengan api yang sedang marak... Dikau dakap adikku dengan...

71% Ahli KWSP Tak...

Sebanyak 71 peratus pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) aktif yang berumur 55...

PDRM Akan Terus Pantau...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus memantau perkembangan politik tanah...

Polis AS Tahan Suspek...

CHICAGO - Polis Texas menahan seorang lelaki disifatkan sebagai pembunuh bersiri kerana membunuh...

Maut Dihempap Tangki Dedak

SELAMA – Seorang pekerja warga Myanmar maut dihempap tangki dedak ayam di sebuah ladang ternak di Kampung Batu 6, Bukit Bertam di sini, petang semalam.

Kejadian pada jam 6 petang menyebabkan mangsa Maung San Win, 37, maut di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selama, Mohd Fauzi Razali, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 7 malam.

Katanya, anggota yang tiba di lokasi kejadian memotong besi penyokong tangki bagi mengeluarkan mangsa.

“Mayat mangsa dibawa keluar dari kawasan itu dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Pihak bomba mengambil masa hampir 26 minit untuk mengeluarkan mayat mangsa dengan operasi tamat sepenuhnya pada 7.26 malam,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Selama, Deputi Superintendan Loo Lian Lay, yang dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya, mangsa dihempap tangki dedak dan kejadian diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – BH ONLINE

Kategori