• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masyarakat Harus Literasi Media Perangi Berita Palsu

oleh Ahmad Albab
15/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEOUL – Masyarakat yang literasi media akan mengamalkan pendekatan analitis mengenai sebarang maklumat yang diterima melalui media sosial, kata ahli akademik.

Prof Dan Gillmor dari State Arizona University, Amerika Syarikat berkata jika masyarakat memahami literasi media dan berpengetahuan, mereka dapat menanggap antara maklumat yang benar dan salah serta boleh membezakan berita palsu.

Gillmor, yang mengajar subjek literasi media digital berkata terdapat keperluan untuk membantu orang ramai secara sistematik untuk mengembangkan kemahiran yang lebih baik dalam mendapatkan, memahami, menyiarkan berita dan maklumat yang benar serta berkongsi dengan integriti.

“Untuk menjadikan penerapan literasi media diaplikasi sebanyak mungkin individu dan mengurangkan implikasi maklumat salah di lebih banyak tempat, kita harus bekerjasama merentasi disiplin, ideologi, sempadan dan usia.

“Tugas ini harus dipikul oleh guru, pustakawan, wartawan (organisasi kewartawanan) dan pakar teknologi (syarikat teknologi),” katanya kepada Bernama selepas membentangkan kertas kerja bertajuk, Berita Palsu dan Literasi Media sempena ‘Korea Press Foundation (KPF) Journalism Conference 2017’ di sini hari ini.

Gillmor berkata masyarakat harus bersifat ragu-ragu dan meneliti semua maklumat yang diterima.

Seorang lagi pembentang pada persidangan itu, Nic Newman dari Research Associate of Reuters Institute berkata sebelum ini, situasinya adalah mudah iaitu media adalah penyedia kandungan dan orang ramai adalah penerima.

Beliau berkata kemunculan media baharu membolehkan orang ramai menyumbang kandungan media melalui telefon pintar menggunakan pelbagai platform media sosial.

“Peranti dan platform telah menukar format berita; jangan beranggapan kewartawanan di masa depan hanya berkisar mengenai artikel atau pakej televisyen naratif,” katanya dan menambah organisasi kewartawanan harus melakukan perubahan seiring perkembangan dunia digital sebelum terpinggir. – BERNAMA

Tags: berita palsu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

157 Mangsa Banjir Kilat Di Changlun Dipindahkan

Next Post

MAHB Bayar Caj Servis Penumpang ERL Lebih RM741 Juta

Related Posts

‘Elaun Madani’ Tidak Betul, Palsu – MOF

‘Elaun Madani’ Tidak Betul, Palsu – MOF

26/07/2023
0

Kuala Lumpur : Kementerian Kewangan menafikan 'Elaun Madani' akan diperkenalkan kepada semua kakitangan awam. Ikuti Mynewshub: Telegram Kementerian itu dalam satu...

Pengguna Di Kedah Tak Perlu Panik, Dakwaan Harga Gula Naik Berita Palsu

Pengguna Di Kedah Tak Perlu Panik, Dakwaan Harga Gula Naik Berita Palsu

23/05/2023
0

ALOR SETAR: Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) menasihatkan pengguna di negeri ini supaya tidak percaya berita palsu dan membuat pembelian panik...

Next Post

MAHB Bayar Caj Servis Penumpang ERL Lebih RM741 Juta

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd