• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mana Ada Nelayan Pendapatan RM500 Sebulan!

oleh AK-47
24/11/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) kesal dengan perbuatan pembangkang menyebarkan fitnah ke atas golongan nelayan gara-gara terdesak untuk memburukkan kerajaan memandangkan pilihan raya umum yang dijangka tidak lama lagi.

Pengerusinya, Ahmad Rudin Hussain berkata, terbaru Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu membuat dakwaan kononnya nelayan di Malaysia hanya berpendapatan RM500 sebulan.

Kata beliau, sebelum ini pemimpin pembangkang yang juga Ahli Parlimen Terengganu mendakwa pendapatan kebanyakan nelayan kampung cuma RM400 sebulan.

Menurut beliau, pelbagai kenyataan pemimpin pembangkang mengenai pendapatan nelayan terbabit jelas bertujuan merendahkan golongan nelayan di Malaysia demi meraih populariti politik.

“Tiada lagi nelayan di Semenanjung Malaysia yang berpendapatan purata RM500 sebulan melainkan nelayan terbabit tidak berdaftar.

“Tidak logik nelayan berpendapatan purata RM500 sebulan kerana Elaun Sara Hidup (ESH) yang diterima sahaja sudah sebanyak RM300 sebulan, maka tidak wajarlah pendapatan hasil laut nelayan hanya RM200 sebulan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ahmad Rudin menjelaskan, Kajian Analisa Kos dan Pulangan yang dilakukan oleh Jabatan Perikanan mendapati golonga nelayan dalam negara berpendapatan purata antara RM1,200 hingga RM2,000 sebulan.

Justeru, katanya, nelayan Malaysi berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana sentiasa berusaha meningkatkan taraf hidup, kebajikan dan pendapatan mereka.

Tambah beliau, antaranya ialah subsidi minyak diesel dan petrol untuk membantu nelayan mengurangkan kos operasi tangkapan ikan di laut, insentif hasil tangkapan ikan, perumahan nelayan, pembangunan tukun tiruan, projek Sistem Identifikasi Automatik (AIS) dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

Malah, kata beliau, Bajet 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memperuntukkan dana yang besar untuk golongan nelayan, peladang dan penternak bagi menaikkan taraf ekonomi mereka.

“Semua bentuk bantuan ini jelas menunjukkan kerajaan komited dan serius membantu masyarakat nelayan, bukan mainan sandiwara yang tidak sesuai dalam situasi politik negara sekarang.

“Pemikiran masyarakat nelayan sekarang lebih matang yang boleh memikirkan yang mana benar dan yang baik untuk mereka,” katanya.

Manakala, kata beliau, dalam hal penguatkuasaan kawasan perairan negara, agensi berkaitan seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Perikanan Malaysia sentiasa melakukan yang terbaik untuk melindungi sumber negara daripada dicerobohi oleh nelayan asing. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Nelayan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

05/07/2024
0

KUANTAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang berjaya menyelamatkan tiga nelayan warga Indonesia selepas bot dinaiki mereka mengalami...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd