• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mampu Daki Gunung Dengan Berkaki Palsu

oleh Ahmad Albab
13/11/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Bayangkan perasaan seorang yang mempunyai fizikal sempurna kemudian berubah sekelip mata apabila kehilangan kaki kiri hingga paras betis akibat kemalangan jalan raya.

Itu yang dilalui seorang operator pusat panggilan, Muhamed Nazmi Muhamed Hanafi, 24, selepas terbabit dalam kemalangan ketika menunggang motosikal di Kajang, Selangor lima tahun lalu.

Sedikit sebanyak, kejadian itu turut memberi kesan kepada emosinya malah, Muhamed Nazmi mengakui, dia pernah berputus asa dan berasa rendah diri selepas kehilangan kaki yang menyebabkan pergerakannya terbatas.

Anak kedua daripada tujuh beradik itu berkata, sebelum kejadian itu, dia terbabit secara aktif dalam aktiviti mendaki gunung memandangkan minatnya dalam program lasak itu sejak berusia 12 tahun.

“Bukan mudah untuk saya mencari kekuatan meneruskan kehidupan selepas terbabit dalam kemalangan ini. Saya melihat kembali kenangan lama ketika melakukan pendakian bersama rakan.

“Perasaan gembira serta seronok sebaik tiba di puncak gunung dan saya cuba melihat kegembiraan orang lain yang turut mempunyai perasaan sama tatkala berjaya menempuh cabaran untuk berada di tempat dituju.

“Dari situ, saya mendapatkan kekuatan untuk bangkit dan syukur alhamdulillah, saya berjaya menyesuaikan diri dengan keadaan diri yang sekarang,” katanya.

Selepas kembali melakukan minatnya terhadap aktiviti pendakian gunung, Muhamed Nazmi kini tidak lagi melihat kecacatan kaki kirinya sebagai penghalang melakukan aktiviti itu.

“Saya menggunakan kaki palsu untuk memudahkan bergerak namun tidak seperti dulu kerana pergerakan terbatas memandangkan tidak boleh berlari seperti orang lain.

“Malah, paling menggembirakan apabila saya juga terpilih mengikuti misi pendakian ke Kem Induk Annapurna, Nepal bersama pendaki lain bermula 20 Oktober hingga 2 November anjuran Pertubuhan Nadi Sihat,” katanya.

Muhamed Nazmi berkata, sehingga kini kira-kira 20 puncak gunung berjaya ditawannya.

Menurutnya, itu termasuk puncak di dalam negara seperti Gunung Kinabalu, Sabah manakala di Indonesia ialah Gunung Rinjani. – myMetro Online

Tags: OKUpendaki
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

06/06/2026
0

TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih di Ipoh, Perak dilaporkan...

OKU Rugi Lebih Setengah Juta Terperdaya Tawaran Kerja Tidak Wujud

OKU Rugi Lebih Setengah Juta Terperdaya Tawaran Kerja Tidak Wujud

19/07/2025
0

GEORGETOWN: Pembuat kek yang juga lelaki berstatus orang kurang upaya (OKU) kerugian RM523,350 akibat terperdaya dengan tawaran kerja tidak wujud....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd