• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Sertai Mesyuarat Pakatan Pertahanan Ketenteraan Islam

oleh Ahmad Albab
23/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan menyertai Mesyuarat Pertama Majlis Menteri-menteri Pertahanan Pakatan Ketenteraan Islam Memerangi Keganasan (IMCTC) pada 26 November ini.

Mesyuarat yang akan berlangsung di Riyadh tersebut akan dirasmikan oleh Tengku Mahkota Mohammed Salman Al Saud, Tengku Mahkota dan Menteri Pertahanan Kerajaan Arab Saudi.

IMCTC merupakan sebuah pakatan pan-Islam 41 buah negara dalam memerangi keganasan.

Mesyuarat pertama IMCTC bertemakan “Bersama Memerangi Keganasan” merangkumi dasar berkaitan empat bidang IMCTC iaitu ideologi, komunikasi, pembiayaan memerangi keganasan dan ketenteraan.

Pemangku Setiausaha IMCTC, Leftenan Jeneral Abdulelah AlSaleh dijadual akan menggariskan strategi, tadbir urus, aktiviti dan perancangan masa depan pakatan berkenaan pada mesyuarat itu.

“Pusat ini menyediakan platform terbuka untuk negara anggota IMCTC yang bersedia untuk bertukar amalan terbaik dan menyelaraskan usaha mereka dalam memerangi keganasan yang membolehkan penyelesaian serantau dan tempatan yang bersesuaian untuk menangani keganasan,” kata Abdulelah.

Komander Tentera IMCTC, Jeneral Rahil Sharif pula berkata, cabaran terbesar di Abad ke-21 terutama di dunia Islam adalah menghadapi fenomena berbahaya keganasan. – Mynewshub.cc

Tags: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hishammuddin, KJ, Syed Hamid Albar Sah Kembali Sertai UMNO

Hishammuddin, KJ, Syed Hamid Albar Sah Kembali Sertai UMNO

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Seramai 6,252 bekas pimpinan dan ahli pelbagai peringkat termasuk Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Khairy Jamaluddin dan...

Kerajaan Tetapkan Tiga SOP Baharu Ibadah Umrah

08/02/2022
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan menetapkan tiga prosedur operasi standard (SOP) baharu kepada jemaah yang akan melaksanakan ibadat umrah di Tanah Suci,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd