• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Naib Juara Kejohanan Futsal ASEAN

oleh AK-47
04/11/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Harapan Malaysia untuk melakar sejarah muncul juara Kejohanan Futsal Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) buat pertama kali berkecai apabila dijinakkan juara bertahan, Thailand 3-4 pada aksi final di Stadium Phu Tho di Ho Chi Minh City, Vietnam, hari ini.

Malaysia bermula baik apabila berjaya menghasilkan jaringan seawal minit kelima menerusi Awalluddin Mat Nawi dan Ridzwan Bakri menggandakan jaringan pada minit ketujuh untuk anak buah Chiew Chun Yong selesa mendahului 2-0, menurut Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi laman Facebooknya.

Sedikit kealpaan di barisan pertahanan negara lantas dihukum penyerang Thailand, Tanachot Sosawaeng yang bijak mencuri peluang dan menjaringkan gol pada minit ke-12 untuk merapatkan kedudukan 1-2 pada masa rehat.

Bermula babak kedua,​​​ Awaluddin Hasan menambah jaringan buat kem negara pada minit ke-23 namun pemain Thailand tidak cepat melatah apabila mereka bangkit mengikat kedudukan 3-3 menerusi Muhammad Osamanmusa (minit ke-27) dan Jetsada Chudech (minit ke-31).

Keputusan 3-3 itu memaksa perlawanan diheret sehingga ke masa tambahan dan Thailand ternyata bijak menyudahkan peluang yang terhidang dengan menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-44 menerusi Ronnachai Jungwongsuk.

Untuk rekod, Malaysia dan Thailand mengesahkan tempat ke Pusingan Akhir Kejohanan Futsal Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2018 yang akan berlangsung di Taiwan. – BERNAMA

Tags: Futsal AFF
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harimau Malaya Mara Ke Separuh Akhir Futsal AFF

07/11/2018
0

KUALA LUMPUR – Barisan anak buah Chiew Chun Yong menempah tiket ke peringkat separuh akhir Kejuaraan Futsal Persekutuan Bola Sepak...

Futsal AFF 2016: Malaysia Di Tempat Ketiga

29/01/2017
0

BANGKOK - Malaysia mengakhiri saingan Kejohanan Futsal Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2016 di tempat ketiga selepas membelasah Timor Leste...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd