• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Berpotensi Hab Edaran Produk Ke ASEAN

oleh AK-47
14/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

HONG KONG – Malaysia berpotensi besar menjadi hab untuk mengedar barangan dan produk dari luar negara ke pasaran Asean yang selama ini dimainkan oleh Hong Kong.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata peluang ini terbuka luas terutamanya dengan termeterainya Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara ASEAN dan Hong Kong baru-baru ini.

Justeru itu beliau menggesa usahawan dan sektor perniagaan Malaysia agar mengambil peluang untuk menterjemahkan perjanjian ini dalam bentuk usaha bagi menggamit peluang yang sedia terbuka antara kedua-dua negara.

“Kita lihat bahawa peluang ini terbuka luas kerana selama ini mereka telah meletakkan pelaburan mereka di beberapa negara di luar Hong Kong terutamanya negara China.

“Dan ini merupakan peluang yang terbaik bukan hanya sekadar pelaburan tetapi juga sebagai perdagangan dua hala di antara negara kita dengan Hong Kong.” katanya pada sidang media bersama wartawan Malaysia, di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berada di sini bagi menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak Ekonomi China Dunia (WCES) ke-9, acara utama antarabangsa yang bermatlamat meningkatkan perhubungan dan rangkaian perniagaan antara China dan ASEAN.

Timbalan Perdana Menteri berkata beliau melihat Hong Kong telah menjadi pintu masuk kepada barangan dari Malaysia ke beberapa negara yang berdekatan ataupun negara lain.

“Peranan transhipment country (negara pemindahan barang) ini pada hemat saya boleh diperluaskan lagi bukan hanya sekadar pengedaran dan saluran barangan serta produk-produk dari negara kita.

“Tetapi pada masa yang sama Malaysia harus dijadikan sebagai negara transhipment untuk menyalurkan produk-produk yang selama ini dimainkan oleh Hong Kong,” katanya.

Menurut Ahmad Zahid, Malaysia boleh memainkan peranan ‘transhipment country’ ini bagi seluruh negara-negara Asean kerana negara memiliki kemudahan pelabuhan dan infrastruktur serta saluran komunikasi yang lebih meluas.

Sidang kemuncak WCES bertemakan ‘Menangani Ketidaktentuan Global: Meneroka Peluang Baru’ itu adalah bertujuan untuk meraikan ulang tahun ke-20 penubuhan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong dan pemeteraian FTA ASEAN-Hong Kong yang melengkapi FTA China-ASEAN.

Acara yang dianjurkan oleh Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) itu disertai para pemimpin kerajaan, ahli perniagaan, ahli akademik serta para pemikir rantau ini. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya mengawal diri daripada menulis atau berkongsi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd