Monday, December 4, 2023

Creating liberating content

UMNO Semporna Terakhir AGM...

SEMPORNA - Ketiadaan Datuk Shafie Apdal untuk mengetuai satu parti baharu gagal menjejaskan...

FBM KLCI Di Bawah...

KUALA LUMPUR - FBM KLCI kekal di bawah paras 1,600 mata pada sesi...

‘Banyak Kes Kemalangan Akibat...

KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) - Di sebalik keghairahan balik kampung pada musim...

Dividen ASB 4.25 Sen,...

KUALA LUMPUR - Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), mengumumkan pengagihan pendapatan bagi dana...

Loji Janakuasa Di Uttar Pradesh Meletup

NEW DELHI – Angka kematian akibat insiden letupan dandang sebuah loji janakuasa arang batu di Uttar Pradesh, India, meningkat kepada 26 orang, lapor agensi berita China Xinhua pada Khamis.

“Sementara lebih 100 orang mengalami kecederaan dan dirawat di beberapa buah hospital. Jumlah korban mungkin meningkat memandangkan ramai mangsa yang cedera dilaporkan parah,” kata Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Uttar Pradesh, Arvind Kumar pada sidang media di Lucknow.

Letupan berlaku di Loji Kuasa Tenaga Nasional (NTPC) di Unchahar, daerah Raebareli pada Rabu, ketika 200 kakitangan sedang bertugas.
Pegawai kanan, Sanjay Kumar Khatri berkata kepada pemberita, operasi mencari dan menyelamat besar-besaran telah dilancarkan bagi mengesan mangsa yang dikhuatiri terperangkap dalam runtuhan.

Loji janakuasa itu dikatakan berusia hampir 30 tahun, tetapi letupan berlaku di unit penjanaan kuasa 500 megawatt dan baru beroperasi Mac tahun ini. – BERNAMA

Kategori