Sunday, March 3, 2024

Creating liberating content

Pengumuman Kabinet Tangguh

PETALING JAYA: Pengumuman senarai Kabinet yang dikata diadakan hari ini ditangguhkan ekoran Perdana...

Gandum Kini Ganti Beras...

TANPA disedari pelbagai pihak, sejak 2016 lagi, penggunaan gandum di seluruh Malaysia telah...

Semut Buat Laporan Polis...

SHAH ALAM - Pemantau Media Sosial Pasukan Sensible, Ethical Malaysian United Team (SEMUT)...

Penyusuan Badan Beri Manfaat...

KASIH SAYANG seorang ibu terhadap anak tiada penghujung. Sejak dari dalam rahim lagi, hubungan ibu...

Lirik Berulang, Ara Johari Didakwa ‘Sailang’ Nana?

NAMPAKNYA ‘perang’ Anugerah Juara Lagu ke 32 (AJL 32) belum lagi reda buat masa ini!

Semakin ramai yang sibuk menjadi ‘malaikat penghukum’. Tak kurang juga yang menjadi ‘nasi tambah’ sehingga membuatkan keadaan sedia ada semakin keruh.

Apa tidaknya baru sahaja reda mengenai kisah penyanyi, Ayda Jebat dikecam selepas membalas komen netizen dengan rasa yang tidak puas hati.

Baca: Lagu Mata Gagal Ke AJL, Ayda Tak Puas Hati?

Juga: Bukan Niat Nak Pertikai Juri, Tapi Ayda Hanya…

Lagi: “Mulakan Petisyen Kalau Tak Nak Aku Ke AJL” – Altimet

Kali ini, timbul pula satu lagi isu baharu membabitkan rancangan pertandingan lagu-lagu popular di Malaysia yang diterbitkan oleh TV3 itu.

Seperti sedia tahu, Ahad lalu telah diumumkan kemaraan 12 buah lagu yang tercalon untuk bertanding dalam final AJL 32 pada awal tahun depan.

Berdasarkan list lagu yang terpilih, kelihatan lagu berjudul Terus Mencintai nyanyian penyanyi, Siti Nordiana dikatakan tidak tersenarai sekali gus menjadikan ia gagal mara ke pentas akhir.

Perkara tersebut mula menjadi bahan bualan dan juga perhatian dalam kalangan netizen yang dikatakan tidak berpuas hati dengan keputusan juri.

Malah, ada pihak mengkritik lagu Warkah Untukmu nyanyian Ara Johari kerana ramai beranggapan ia tidak wajar diberikan peluang untuk berentap di pentas akhir.

Rata-rata netizen berpendapat sedemikian lantaran liriknya yang dikatakan berulang-ulang sebanyak enam kali meskipun melodinya agak sedap didengar.


Bagaimanapun, ketua juri Semi Final Muzik-Muzik 32, Datuk Mokhzani Ismail berkata lagu ciptaan Hang Nadim dan Laq itu mempunyai aura serta kekuatan yang tersendiri untuk melayakkan ia ke pentas final.

“Ya betul, lirik bahagian korusnya diulang banyak kali tetapi melodi dan susunan muziknya bagus. Itu perlu diberi perhatian,” jawabnya ringkas dipetik sebuah portal hiburan.

Namun, Mokhzani dilihat tidak pula mengulas lanjut mengenai kekurangan pada lagu Terus Mencintai ciptaan sepenuhnya oleh Nana yang menyebabkan karya berkenaan tidak layak ke final. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori