KOTA KINABLU – Lima kakitangan Kendalian Pembahagian Kota Kinabalu (KPKK) parah setelah pencawang elektrik yang sedang diselenggarakan berhampiran Pusat Kemersial Api-Api, di sini, terbakar malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam, komponen elektrik dalam pencawang itu dipercayai meletup dan apinya menyambar kelima-lima kakitangan berkenaan.
Difahamkan sebelum kejadian, kesemua mangsa sedang membaiki kabel elektrik di pencawang itu selepas bekalan elektrik di kawasan itu terputus.

Namun ketika melakukan kerja pemulihan, tiba-tiba berlaku percikan api lalu menyebabkan berlaku letupan kecil.
Tiga mangsa difahamkan mengalami lecur teruk 60 hingga 80 peratus anggota badan, manakala dua lagi melecur 20 peratus.

Kesemua mangsa yang difahamkan berusia antara 20 hingga 50 tahun, kini menerima rawatan di Hospital Queen Elizabath 1 (QEH1).
Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, siasatan mengenai punca kejadian masih dijalankan. – MYNEWSHUB.CC

