• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lihat Semula Keupayaan Sistem Pembentungan

oleh AK-47
07/11/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pulau Pinang perlu melihat semula keupayaan sistem pembetungan dan saliran di negeri itu sama ada mampu menampung hujan yang lebat, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata pengaliran air ke sungai terutama daripada pembangunan projek-projek baharu harus diuruskan sebaik mungkin bagi mengelak kejadian banjir teruk berlaku pada masa depan.

‘’Dalam tempoh 10 ke 20 tahun tidak pernah berlaku banjir sebegini di Pulau Pinang. Ini bukan banjir kilat tetapi banjir,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Wan Junaidi berkata kerajaan negeri pimpinan DAP di negeri itu perlu memperuntukkan dana untuk mengatasi masalah berkenaan.

Projek-projek di tepian bukit itu minta tolong jangan laksanakan sebab kesannya ialah terdapat runtuhan tanah di kawasan perumahan dan jalan,” katanya mengulas musibah banjir yang melanda Pulau Pinang susulan hujan lebat dan cuaca buruk sejak Sabtu.

Wan Junaidi berkata purata hujan yang turun di Pulau Pinang adalah 250 milimeter (mm) dalam tempoh sehari melebihi kategori hujan amat lebat iaitu 150mm.

Negeri sebelah utara semenanjung seperti Perlis, Kedah dan Pulau Pinang dijangka mengalami banjir sekiranya berlaku hujan lebat sehingga selesai peralihan Monsun Barat Daya kepada Monsun Timur Laut pada hujung bulan ini, katanya.

Wan Junaidi berkata selain faktor hujan lebat berpanjangan, banjir ini juga terkesan dengan kejadian air laut pasang tinggi antara 2.8 hingga 3 meter.

“Pulau Pinang unik sebab ia pulau, banjir yang berlaku di negeri itu tidak sama dengan apa yang berlaku di Kelantan dan Terengganu, dan sistem atasi banjir juga tidak sama.

“Di Kedah juga berlaku banjir, purata hujan turun sama tapi selamat sedikit sebab tanah besar dan banyak bukit bukau selain hutan yang boleh sedut air,” ujarnya.

Katanya, projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Pinang di Pulau Pinang dengan kos RM150 juta dijangka mula dilaksanakan awal tahun depan dilihat dapat membantu mengurangkan masalah banjir di negeri itu.

Menjawab satu pertanyaan, Wan Junaidi berkata projek pembangunan di Pulau Pinang perlu dilaksana dengan baik terutama dalam soal pengurusan saliran dan pengeluaran air.

Dalam pada itu, beliau berkata 16 projek tebatan banjir di seluruh negara melibatkan kos RM4.3 bilIon dijangka dilancarkan beberapa bulan lagi. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku JaafarSistem Pembentungan & Saliran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bacaan Pertama RUU Pindaan Hukuman Mati Mandatori Oktober Ini

Bacaan Pertama RUU Pindaan Hukuman Mati Mandatori Oktober Ini

13/09/2022
0

PUTRAJAYA - Rang undang-undang (RUU) pindaan akta hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori dijangka dibaca kali pertama pada 4 Oktober...

Sah Bajet 2023 Dibentang 7 Oktober

Sah Bajet 2023 Dibentang 7 Oktober

26/08/2022
0

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengesahkan Bajet 2023...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd