SANDAKAN – Seorang lelaki warga Indonesia maut digilis jentera berat yang dipandunya sendiri di Ladang Sungai Menanggol Suan Lamba dekat sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Mohd Azhar Hamin berkata kejadian kira-kira jam 9.40 pagi itu mengakibatkan Risal Lompo, 32, mati di tempat kejadian.
Katanya siasatan awal mendapati jentera yang dipandu mangsa jenis Motor Grader dari tempat kerja menuju ke pejabat ladang berkenaan terbabas mengakibatkan Risal tercampak keluar dan digilis jentera tersebut
Akibat kejadian itu, mangsa mengalami cedera parah di kepala, katanya. – BERNAMA

