• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Ditahan Dipercayai Curi 2 Kereta Milik Jiran

oleh AK-47
02/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Polis menahan seorang lelaki semalam, kerana dipercayai mencuri dua kereta milik jiran rumahnya di Taman Kampung Majid, dekat Kluang, dua hari lepas.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohamad Laham berkata lelaki berumur 52 tahun dan merupakan pekerja membuat perabot itu ditahan di rumahnya pada 8.30 pagi semalam selepas polis menerima laporan mangsa.

“Dua hari lepas (Selasa), mangsa yang merupakan seorang lelaki berumur 81 tahun mendapati dua kereta miliknya iaitu Perodua Axia dan Myvi telah tiada (hilang) sebaik dia keluar rumah pada 8 pagi.

“Hasil siasatan polis mendapati rumah mangsa tidak mempunyai kamera litar tertutup (cctv) dan pintu pagar rumah teres satu tingkat itu juga tidak berkunci,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mohamad berkata hasil soal siasat terhadap suspek, polis merampas kunci kereta Perodua Axia dan Myvi tersebut yang disorok di dalam bekas beras.

Beliau berkata dengan dipandu arah suspek, polis kemudian bertindak ke kawasan parkir kenderaan yang terletak di tingkat lima sebuah hotel di bandar Kluang pada kira-kira 12.30 tengah hari, semalam, lalu menemukan Perodua Myvi milik mangsa.

Katanya dengan dipandu arah suspek juga, polis bertindak ke kawasan parkir Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, pada kira-kira 5.15 petang, semalam, lalu menemukan Perodua Axia milik mangsa.

“Semakan mendapati ujian air kencing suspek negatif terhadap dadah. Suspek juga baru berpindah ke rumah bersebelahan mangsa, kira-kira empat bulan lepas dan dia didapati pulang ke Kluang dengan menaiki bas ekspres selepas meninggalkan kereta Perodua Axia di TBS,” katanya.

Menurut Mohamad, suspek kini direman sehingga 5 Nov ini bagi membantu siasatan lanjut berhubung kecurian itu.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan motor, katanya. – BERNAMA

Tags: ACP Mohamad Lahamcuriditahan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Empat Lelaki Mengaku Bersalah Curi Tabung Masjid Di Shah Alam, Tiga Dipenjara Enam Bulan

Empat Lelaki Mengaku Bersalah Curi Tabung Masjid Di Shah Alam, Tiga Dipenjara Enam Bulan

03/03/2026
0

SHAH ALAM – Empat lelaki termasuk seorang remaja berusia 17 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini...

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd