• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 70% Millennial AS Mahu Ada Parti Ketiga

oleh AK-47
30/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Seramai 71 peratus daripada generasi millennial Amerika Syarikat (AS) mengatakan parti utama ketiga diperlukan di negara itu, kerana kedua-dua parti iaitu Republikan dan Demokrat telah menjalankan tugas yang teruk, lapor agensi berita China Xinhua.

Berdasarkan satu tinjauan terkini yang didedahkan pada Rabu, sebanyak 63 peratus millennial AS tidak setuju dengan cara pentadbiran Presiden Donald Trump, manakala 65 peratus lagi berpendapat secara keseluruhannya AS berada di landasan salah.

Tinjauan dijalankan NBC News/GenForward itu, mendapati enam daripada sepuluh orang menolak cara Kongres mengendalikan tugasnya, sementara 59 peratus mempunyai pandangan buruk terhadap Parti Republikan dan 42 peratus lagi terhadap Parti Demokrat.

Secara keseluruhan, majoriti millennial AS merentasi subkumpulan perkauman, jantina dan gabungan parti, beranggapan pihak berkenaan tidak peduli terhadap pandangan golongan seperti mereka.

Tinjauan dijalankan dari 26 Oktober hingga 10 November, responden terdiri 1,876 golongan dewasa berusia antara 18 dan 34 tahun. Margin keseluruhan ralat persampelan adalah 3.92 mata peratusan. – BERNAMA

Tags: Millennial AS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd