• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Larang Hijab: PBT Disaran Tarik Balik Lesen Hotel

oleh AK-47
15/11/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disaran untuk menarik balik lesen pengusaha hotel yang tidak membenarkan pekerja wanita Islam memakai tudung semasa bertugas, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar.

Beliau berkata dasar melarang pekerja wanita Islam memakai tudung adalah bertentangan dengan perlembagaan negara dan hak asasi yang diperjuangkan di peringkat antarabangsa.

“Jika benar ada aduan ini saya sarankan supaya PBT menarik balik lesen yang dikeluarkan dan hotel ini sepatutnya tidak boleh beroperasi kerana hak asasi sebagai orang Islam wanita wajib memakai tudung walaupun ia melibatkan hotel antarabangsa.

“Pihak perhotelan antarabangsa sepatutnya lebih rasional kerana hak kebebasan agama, berpakaian diperjuangkan di peringkat antarabangsa… tak kan nak pakai tudung tak boleh,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Samuel Cheah Swee Hee mengenai dasar larangan bertudung di bahagian depan diamalkan rangkaian hotel antarabangsa menerusi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Terdahulu, Noh melawat dua anggota bomba yang cedera ketika memadam api di sebuah kilang memproses habuk kayu untuk membuat papan lapis di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 7.30 pagi pada Sabtu lalu, Shazlan Mohd Hanafiah dan Mohd Azri Aziz cedera semasa mereka naik ke atas silo setinggi 3.7 meter untuk memasukkan air tetapi masih ada bara api dan belum sempat air dimasukkan, berlaku percikan hingga menyebabkan letupan.

Noh berkata Shazlan yang melecur 10 peratus kini semakin pulih dan boleh bercakap manakala Mohd Azri akan dibenarkan pulang ke rumah hari ini.

Beliau berkata insiden itu berlaku di luar jangkaan walaupun anggota bomba telah dilengkapi dengan peralatan keselamatan dan latihan semasa memadam api.

“Tahniah di atas keberanian mereka dan meletakkan tanggungjawab menyelamatkan mangsa lebih penting daripada diri mereka sendiri,” katanya.

Noh kemudian melawat anggota bomba Mohamad Azizi Rosli di Hospital Changkat Melintang dekat Bota yang mengalami renjatan elektrik dalam operasi memadam api malam tadi. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Noh Omar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jamal Yunos Nafi Marah Noh Omar Dalam Media Sosial

30/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos menafikan beliau mengeluarkan kenyataan bagi memburuk-burukkan Tan...

Speaker Berat Sebelah Benarkan Tuduhan ‘Rompak’

10/08/2018
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar mendakwa speaker bersikap berat sebelah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd