• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Larangan Bergambar: Tunggu Keputusan Arab Saudi

oleh Ahmad Albab
25/11/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALING – Lembaga Tabung Haji (TH) masih menanti makluman rasmi daripada kerajaan Arab Saudi berkenaan larangan bergambar di Masjid Nabawi di Madinah dan Masjidil Haram di Mekah, seperti laporan beberapa portal tempatan dan antarabangsa.

Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata sekiranya mendapat maklum balas dari Arab Saudi, pihaknya akan memberi kenyataan rasmi berkenaan perkara tersebut secepat mungkin bagi memastikan jemaah haji atau umrah negara ini mematuhinya.

“Jika benar larangan tidak boleh bergambar itu dilaksanakan, saya mohon jemaah kita, tidak kira yang mengerjakan haji atau umrah mengikutinya memandangkan ia adalah undang-undang yang ditetapkan pihak sana,” katanya ketika ditemui media pada Program Berkhatan Perdana Peringkat Parlimen Baling, di sini hari ini.

Baru-baru ini, beberapa portal berita tempatan dan antarabangsa melaporkan pihak berkuasa Arab Saudi melarang pengunjung Masjidil Haram dan Masjid Nabawi mengambil gambar atau video bagi melindungi dan memelihara kesucian tempat itu, selain supaya tidak mengganggu kelancaran jemaah lain beribadah.

Beliau berkata ia mungkin antara usaha kerajaan Arab Saudi mengekang penyebaran berita dan gambar tidak elok yang berlaku di kedua masjid tersebut dalam media sosial seperti banjir, bangunan runtuh atau perkara buruk lain, yang sebenarnya tidak berlaku.

“Bagi saya sendiri, mengambil gambar di kedua masjid tersebut memang sedikit sebanyak menganggu perjalanan ibadah jemaah lain terutama ketika waktu sesak melakukan tawaf di Masjidil Haram. Apa pun, kita tunggu saja keputusan yang akan dibuat oleh kerajaan sana,” katanya.

Abdul Azeez berkata apa saja keputusan kerajaan Arab Saudi berhubung perkara itu dipercayai tidak akan menjejaskan hubungan akrab antara kedua-dua negara.

“Jadi, sekiranya ia (mengambil gambar) diputuskan tidak boleh, jemaah kita ikutlah kerana ia secara tidak langsung membantu menjaga hubungan baik antara negara kita dengan Arab Saudi serta memelihara kesucian kedua-dua masjid tersebut.

“Jika tidak boleh bergambar di situ, mungkin pihak mereka akan menetapkan kawasan khusus di tempat lain yang boleh bergambar,” katanya. – BERNAMA

Tags: Arab SaudiDatuk Seri Abdul Azeez Abdul RahimTabung Haji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Prasyarat Baharu Visa Haji 2026

Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Prasyarat Baharu Visa Haji 2026

15/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan Arab Saudi menetapkan bayaran dam sebagai prasyarat baharu bagi proses pengeluaran visa haji kepada jemaah yang melaksanakan...

‘Mungkin Jho Low Kongsi Nombor Akaun Kepada Kerabat Arab Saudi’ – Najib

‘Mungkin Jho Low Kongsi Nombor Akaun Kepada Kerabat Arab Saudi’ – Najib

10/01/2025
0

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini, berkemungkinan nombor akaun peribadi Ambank miliknya dikongsi oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd