• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lagu Dicaj Terlalu Mahal, ‘Comeback’ Elite Tertangguh

oleh AK-47
12/11/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BULAN lalu, girl group paling berpengaruh era 90-an Elite mengumumkan akan muncul dengan single terbaru dan akan membuat kemunculan semula selepas 10 tahun menyepi daripada dunia hiburan.

Baca: Elite Bakal Keluar Single, Buat Comeback

Namun, hasrat berkenaan seakan terbantut apabila salah seorang anggotanya iaitu Sasha Saidin mendakwa seorang penerbit lagu telah membuat tawaran yang tidak munasabah.

Terdahulu, seorang penerbit telah menawarkan tiga single sebagai ‘buah tangan’ kemunculan semula Elite. Namun, mereka menyifatkan harga yang ditawarkan bagi setiap lagu ‘tidak masuk akal’.

“Bayangkan, harga yang kami perlu bayar untuk setiap lagu tak logik. Kalau boleh, kami mahu bekerja dengan penerbit yang pernah membantu Elite.

“Sudah tentu kami tidak mahu membuat come back (kemunculan semula) yang seolah-olah melepaskan batuk di tangga saja. Alang-alang buat, biarlah betul dan meninggalkan impak.

“Semuanya perlu dirancang rapi dan sudah tentu kita perlukan tajaan untuk membuat come back,” katanya dipetik BH Online.

Sasha yang juga jurucakap kumpulan itu berasa kesal dengan berita tersebut dan menyatakan come back yang bakal dilakukan untuk menghargai peminat dalam dan luar negara yang masih mengikuti perkembangan mereka.

“Sampai hari ini, kami masih terima permintaan peminat untuk aktif semula.

“Bayangkan, anak-anak peminat kami juga tahu kewujudan Elite. Pengikut kami bukan saja di Malaysia malah sampai di Brunei, Singapura dan Indonesia.

“Jadi, kalau projek bergabung dan aktif semula menjadi, kami mahu adakan siri jelajah. Cita-cita kami besar tapi tak salah untuk menyimpan keinginan begitu,” katanya.

Kumpulan yang popular dengan lagu Trauma ini pernah dianggotai Sasha, Linda Rafar, Watie Sadali, Azza dan Abby Abadi.

Namun, untuk kemunculan semula, Abby Abadi mengambil keputusan untuk tidak lagi terlibat dengan bidang nyanyian.

“Abby dari awal lagi menolak untuk menyertai kami jika projek ini menjadi kenyataan,” katanya.

Terdahulu, nama mereka disebut-sebut kerana tularnya video persembahan di majlis persandingan semula Abby dan suaminya serta pasangan Norman Hakim dan Memey Suhaiza. – MYNEWSHUB.CC/SA

Tags: come backEliteSasha Saidin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Empat Cedera Bas Ekspres Rempuh Lori Balak

Next Post

“Saya Dukung Biawak Ye, Bukannya Suami Orang”

Related Posts

Sebak Ramai Beratur, Sasha Bangga Turun Mengundi

09/05/2018
0

TANGGUNGJAWAB mengundi hari ini sedang dilaksanakan dengan sebaiknya oleh rakyat Malaysia sehingga menyebabkan penyanyi Sasha Saidin tidak dapat menahan sebak....

Lepas 11 Tahun, Sasha Bagi Nafas Baru Pada Album Lama

08/05/2018
0

SELEPAS hampir 11 tahun album Kerana Cinta nyanyian Sasha Saidin dihasilkan, kini dia sekali lagi memutuskan untuk memasarkannya semula secara...

Next Post

"Saya Dukung Biawak Ye, Bukannya Suami Orang"

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd