Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Juruterbang SIA Maut Kemalangan

KUALA LUMPUR - Seorang juruterbang Singapore Airlines (SIA) maut dalam kemalangan selepas motosikal...

PM Punyai Prerogatif Untuk...

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak...

Tak Tahan Kelakuan Hiperaktif,...

KUALA LUMPUR - Tidak tahan dengan kelakuan kanak-kanak berusia lima tahun yang hiperaktif...

Video: Pekerja Kedai Makanan...

DALAM perniagaan yang melibatkan makanan dan minuman, aspek kebersihan perlu dititiberatkan oleh setiap...

Elite Bakal Keluar Single, Buat Comeback

PERTEMUAN semula ala mini reunion antara ahli kumpulan Elite pada majlis persandingan semula Abby Abadi, baru-baru ini, ternyata menarik perhatian netizen.

Kumpulan yang pernah popular dengan lagu Tamparan Wanita itu telah membuat persembahan dengan menyanyikan lagu Manisnya Senyumanmu di majlis persandingan tersebut.

“Memang terkejut juga apabila video persembahan kami itu tular di media sosial malah terharu apabila kami mengetahui Elite masih mempunyai peminat yang ramai.

“Budak-budak pun ada yang kenal Elite mungkin pengaruh daripada ibu-bapa mereka yang memasang lagu kami,” kata Sasha Saidin kepada mStar Online.

Disebabkan nyanyian mereka di majlis itu mencetuskan nostalgia ramai peminat muzik tanah air, kumpulan itu bercadang untuk membuat comeback dalam masa terdekat.

“Saya pun sebenarnya sedang merancang untuk menyatukan kembali semua ahli Elite dan masing-masing bersetuju,” tambahnya.

Menurut Sasha lagi, pembabitan kesemua anggota Elite yang masih aktif dalam industri hiburan membuatkan video tersebut tular.

Malah, aksi berkumpulan mereka juga pasti dirindui peminat-peminat yang masih mengikuti perkembangan mereka.

“Anda tidak boleh elak daripada kami… hahaha. Sebenarnya persembahan itu tidak dirancang pun dan kami naik ke pentas selepas dapat permintaan daripada penganjur dan persetujuan Abby.

“Walaupun Abby tidak mahu lagi menyanyi tetapi dia sempoi melayan kerenah kami dan kami memang seronok sangat.


“Sudah lama kami semua anggota asal tidak bersatu di atas sebuah pentas dan peminat rindu untuk melihat kami sejak sekian lama,” katanya.

Dalam pada itu, kakak kepada pelakon Zain Saidin ini mengakui sudah menerima tiga buah lagu daripada seorang komposer untuk dipilih menjadi ‘buah tangan’ terbaru kumpulan itu.

Namun, mereka dikatakan masih berbincang tentang pemilihan lagu tersebut agar comeback mereka ini dapat meninggalkan kesan dan mengimbau kembali zaman kegemilangan Elite.

“Saya tidak mahu hanya sekadar lancarkan lagu baru dan lepas itu kami kembali buat hal masing-masing tetapi ingin buat bersungguh-sungguh termasuk persembahan jelajah di seluruh Malaysia.

“Rindu sangat hendak berjumpa peminat dan mengadakan persembahan dan kalau boleh perancangan ini dirancang dengan teliti dan bukan sekadar melepaskan batuk di tangga,” ujarnya.

Jadi, doakan sahaja comeback kumpulan ini yang turut dianggotai oleh Azza, Watie Sadali dan Linda Rafar ini berjaya! – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Kategori