• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kurikulum Sekolah Disemak Setiap Lima Tahun

oleh Ahmad Albab
21/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan melaksanakan semakan terhadap kurikulum sekolah rendah dan menengah bagi setiap lima tahun, kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan.

Beliau berkata langkah itu bagi memastikan kurikulum sedia ada ditambah baik dan kekal relevan dengan kehendak semasa.

“Kurikulum sedia ada memberi penekanan kepada aspek ilmu, amali, amalan dan penghayatan dan pembudayaan,” katanya menjawab pertanyaan tambahan Dr Mansor Abdul Rahman (BN-Sik) mengenai perkara berkenaan pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Kamalanathan berkata hanya 0.12 peratus daripada 5.1 juta pelajar di sekolah rendah dan sekolah menengah seluruh negara terlibat dalam keruntuhan moral atau kebejatan sosial remaja seperti berjudi, mencuri, mengancam guru dan murid, peras ugut dan gangsterism.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan Nasrudin Hassan (PAS-Temerloh) mengenai pengembangan modul tahfiz ke sekolah lain, beliau berkata Kementerian Pendidikan juga mempunyai cadangan untuk memperkenalkan modul tahfiz dan vokasional di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA). – BERNAMA

Tags: Datuk P. Kamalanathan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Kesan 80,000 Keluarga Perlu Bantuan Kewangan

24/04/2018
0

PETALING JAYA – MIC dalam proses mengenal pasti sebanyak 80,000 keluarga India lagi dalam kumpulan B40 untuk menerima bantuan kewangan...

MIC Pastikan Kemenangan BN Di Hulu Selangor

25/04/2018
0

KUALA LUMPUR - MIC akan memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Hulu Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-14...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd