• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPWKM Berjaya Atasi Stigma ‘Sardin, Telur’

oleh AK-47
30/11/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR MAS – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berjaya mengatasi stigma masyarakat mengenai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang hanya menyediakan sardin dalam tin dan telur ketika musim banjir.

Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata kementerian itu telah melantik sebanyak 59 pembekal di Kelantan untuk membekalkan barangan keperluan harian yang segar seperti ayam dan ikan kepada pusat-pusat pemindahan yang dibuka ketika ini.

“Ini merupakan penambahbaikan yang kita buat pada setiap tahun bagi memastikan mangsa banjir selesa ketika berada di PPS.

“Bagaimanapun, sardin dalam tin dan telur tetap dibekalkan juga sebagai makanan sokongan. Ini kerana jika jalan ke PPS terputus dan pembekal gagal menghantar bekalan, mangsa banjir masih mempunyai makanan untuk dimakan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Lati di sini, yang menempatkan seramai 1,081 mangsa daripada 468 keluarga sejak tiga hari lepas.

Katanya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan turut mempunyai 216 pangkalan hadapan di negeri ini bagi menampung pelbagai keperluan yang diperlukan oleh mangsa banjir di PPS.

Dalam pada itu, Rohani berkata kerajaan persekutuan turut mendapat kerjasama yang baik daripada kerajaan Kelantan dalam menguruskan mangsa banjir pada tahun ini.

“Di Kelantan, kita sering mengadakan kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan negeri untuk mengadakan simulasi banjir kerana ia merupakan tanggungjawab bersama antara kerajaan negeri dan persekutuan.

“Hasil daripada simulasi itu, tahap kesiapsiagaan di antara kedua-dua kerajaan negeri dan persekutuan lebih teratur dan kita dapat menguruskan bencana ini dengan lebih baik,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Rohani Abdul KarimKPWKM
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

‘Segera Lapor Jika Anak Jadi Mangsa Seksual Siber, KPWKM Jamin Lindungi Keselamatan, Mental Mangsa’ – Nancy

‘Segera Lapor Jika Anak Jadi Mangsa Seksual Siber, KPWKM Jamin Lindungi Keselamatan, Mental Mangsa’ – Nancy

19/11/2025
0

PETALING JAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) meminta ibu bapa yang mempunyai anak terdedah gejala penganiayaan seksual dalam...

Dewan Negara Luluskan RUU Anti Gangguan Seksual

Dewan Negara Luluskan RUU Anti Gangguan Seksual

11/08/2022
0

PUTRAJAYA – Hasrat kerajaan untuk menyediakan undang-undang khusus bagi menangani isu gangguan seksual kini semakin hampir menjadi kenyataan selepas Dewan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd