• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPPA Dahului Penerima Darjah Kebesaran Perak

oleh Ahmad Albab
05/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Zainal Rahim Seman mendahului senarai 31 penerima Darjah Kebesaran Perak sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-61 Sultan Perak di Istana Iskandariah di sini, hari ini.

Zainal Rahim dan Pengerusi Pos Malaysia Berhad Tan Sri Dr Mohd Khamil Jamil masing-masing dianugerahi Darjah Seri Paduka Diraja Mahkota Perak membawa gelaran Datuk Seri yang disempurnakan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Berangkat pada istiadat itu Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja DiHilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan barisan kepimpinan kerajaan negeri.

Sultan Nazrin Shah juga berkenan menganugerahkan Darjah Seri Panglima Taming Sari yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima kepada Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim dan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.

Seramai tiga individu dianugerahkan Darjah Datuk Paduka Cura Si Manja Kini yang membawa gelaran Datuk iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Rusnah Kassim.

Dua lagi penerima Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Hal Ehwal Pengguna, Pertubuhan Bukan Kerajaan dan Masyarakat Sivil negeri Datuk Samsudin Abu Hassan serta Pengarah Urusan Kamalbina Sdn Bhd Datuk Kamarulbahrin Zainuddin.

Sultan Nazrin juga berkenan mengurniakan Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak yang membawa gelaran Datuk kepada 20 penerima antaranya Pengarang Kumpulan New Straits Times Datuk Yushaimi Maulud Yahaya, Yang Dipertua Dewan Negeri Perak Datuk S.Thangasvari, Duta Besar Malaysia ke Lubnan T. Balachandran dan Bekas Naib Canselor Universiti Nottingham Prof Sir David Greenaway.

Baginda juga berkenan mengurniakan Darjah Datuk Pahlawan Taming Sari yang membawa gelaran Datuk Pahlawan kepada empat individu iaitu Ketua Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak Datuk Mazlan Santarai dan Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor.

Dua lagi penerima adalah Pakar Pergigian Markas Angkatan Tentera Malaysia Mejar Jeneral Dr Borhan Jasmin dan Markas Logistik Barat Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia Lumut Laksamana Muda Mohammed Ariff Mahru.

Terdahulu Sultan Nazrin berkenan memeriksa kawalan kehormatan 106 pegawai dan anggota Rejimen Askar Jurutera Diraja Dua Divisyen diketuai Mejar Norhejeri Shamsuddin.

Pada tahun ini, Sultan Nazrin berkenan menganugerahkan 331 darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri sempena ulang tahun Hari Keputeraan baginda yang disambut Jumaat lepas.

Majlis penganugerahan darjah, bintang dan pingat lain akan disempurnakan pada 11 Nov ini. – BERNAMA

Tags: Sultan Perak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Idris Khan Tamat Zaman Bujang Bulan Depan

Next Post

Shila Amzah Kena Sound Tak Ada Adab?

Related Posts

Kerap Berlaku Kemalangan Maut: Sultan Perak Titah Laksanakan Langkah Preventif

Kerap Berlaku Kemalangan Maut: Sultan Perak Titah Laksanakan Langkah Preventif

10/06/2025
0

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, bertitah langkah preventif perlu dilaksanakan susulan kerapnya kemalangan jalan raya yang meragut nyawa, mutakhir...

Anwar Pulang Ke Tambun Esok

Anwar Pulang Ke Tambun Esok

01/12/2022
0

IPOH: Selepas lapan hari dilantik sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijadual pulang ke Tambun esok, kerusi Parlimen dimenanginya...

Next Post

Shila Amzah Kena Sound Tak Ada Adab?

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd