• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir: KP1M Agih 20 Kontena Bantuan Di P.Pinang

oleh Ahmad Albab
12/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) hari ini mengagihkan 20 kontena pelbagai jenis barangan keperluan kepada sekurang-kurangnya 5,000 keluarga di bahagian pulau negeri ini yang terjejas banjir.

Presiden KP1M Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata antara sumbangan yang diserahkan adalah tilam, bantal, selimut, susu bayi, makanan dan kit penjagaan kebersihan yang diagihkan secara berperingkat.

Menurutnya, beliau telah diarahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memberikan bantuan kepada semua mangsa banjir tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

“Sejak Selasa lepas, kami telah mula mengagihkan bantuan daripada pelbagai bentuk yang mana di Seberang Perai, kami telah mengagihkan 40 kontena barang dan hari ini di bahagian pulau kami akan berusaha untuk agihkan 20 kontena untuk membantu meringankan mangsa bencana,” katanya kepada pemberita ketika pengagihan bantuan KP1M di sini hari ini.

Beliau berkata misi bantuan ini telah memasuki hari kelima dan selepas daerah Seberang Perai Utara (SPU) serta Seberang Perai Selatan (SPS), pihaknya akan fokus di Bukit Gelugor, Jelutong, Balik Pulau, Bayan Lepas dan Bayan Baru.

“Kita akan fokus di taman perumahan penduduk, setiap kawasan mempunyai antara 300 hingga 1,000 keluarga selain kita akan cuba habiskan semua bekalan yang dibawa,” katanya.

Abdul Azeez berkata, seramai 500 sukarelawan KP1M juga akan membantu mangsa banjir membersihkan kediaman mereka yang terjejas selepas ini.

Terdahulu, Pengerusi Persatuan Kebajikan Agape, M. Saroja, 39, berkata beliau sangat bersyukur dengan bantuan yang diberikan oleh KP1M kerana hampir kesemua peralatan dan barangan persatuan rosak akibat banjir Ahad lepas.

Katanya, air banjir yang melimpahi longkang itu telah naik sehingga paras leher pada awal pagi Ahad menyebabkan semua barangan dan perabot di dalam rumah persatuan itu rosak.

“Banjir kali ini adalah paling teruk dan mujurlah kejadian itu berlaku ketika enam orang kurang upaya berusia 24 hingga 34 tahun dan seorang warga emas sedang tidur di bilik tingkat atas,” katanya.

Persatuan kebajikan itu telah menerima bantuan peti sejuk, mesin basuh, makanan dan barangan kegunaan harian daripada KP1M. – BERNAMA

Tags: KP1Mmangsa banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir kekal pada angka lebih 14,000 orang membabitkan 4,606 keluarga di 106 pusat pemindahan sementara (PPS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd