• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lancar Peluru Berpandu Balistik Rentas Benua

oleh Ahmad Albab
29/11/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEOUL – Korea Utara melancarkan Peluru Berpandu Balistik Rentas Benua (ICBM) dari kawasan utara Pyongyang pada Rabu dan tindakan terbaharu negara komunis itu menerima kecaman kuat komuniti antarabangsa, lapor agensi berita Korea Selatan Yonhap.

Menurut Ketua Turus Bersama Korea Selatan (JCS) peluru berpandu itu dilancarkan dari Pyongsong di wilayah selatan Pyongan, kira-kira pukul 3.17 pagi.

Penilaian awal JCS mendapati peluru berpandu itu dipercayai jenis Hwasong-14.

Jurucakap Pentagon, Kolonel Robert Manning berkata, peluru berpandu berkenaan mengembara kira-kira 1,000 kilometer sebelum jatuh di zon eksklusif Jepun.

Presiden Korea Selatan Moon Jae-in, mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Korea Utara itu.

Beliau berkata, sebaik Korea Utara menyelesaikan pembangunan ICBM, beliau memberi amaran, keadaan keselamatan akan menjadi semakin buruk dan berada pada tahap “tidak terkawal”.

“Kerajaan kami telah menekankan berulang kali akan menawarkan masa depan cerah jika (Korea Utara) mahu ke meja rundingan. Walaupun telah berusaha dan memujuk dengan ikhlas, mereka tetap melancarkan peluru berpandu balistik hari ini,” kata Moon ketika mempengerusikan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara.

Terdahulu, Presiden Amerika Syarikat dilaporkan berkata “Saya akan memberitahu anda bahawa kami akan uruskan masalah itu.”

Sementara itu, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu akan mengadakan mesyuarat tergempar di New York dalam waktu terdekat berhubung tindakan terbaharu Korea Utara.

Pelancaran berkenaan adalah provokasi peluru berpandu ke-11 dilakukan Korea Utara, sejak presiden Korea Selatan menerajui pentadbiran negara pada Mei. – BERNAMA

Tags: balistik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd