• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

#KitaLawan: Mahkamah Lepas Dan Bebaskan Adam Adli

oleh Ahmad Albab
28/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret di sini hari ini melepas dan membebaskan aktivis Adam Adli Abd Halim daripada pertuduhan menyertai perhimpunan #KitaLawan, dua tahun lepas.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie terhadap Adam Adli, selaku Orang Kena Saman (OKS), di akhir kes pendakwaan.

“Setelah mendengar keterangan saksi pendakwaan dan meneliti hujahan bertulis dan lisan kedua-dua pihak serta merujuk kepada nas undang-undang yang dikemukakan, mahkamah dengan ini berpuas hati bahawa pihak pendakwaan gagal untuk menimbulkan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

“Oleh itu, OKS dilepas dan dibebaskan tanpa perlu dipanggil untuk membela diri,” kata Ahmad Solihin yang membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan tiga saksi pendakwaan pada perbicaraan bermula 2 Nov lepas dan hujahan pendakwaan dan pembelaan.

Mengikut pertuduhan, Adam Adli, 28, dan Pengerusi Jingga 13, Mohd Fariz Abd Talib @ Musa, 47, didakwa bersama-sama menyertai protes jalanan tersebut bermula di hadapan Kompleks Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan berakhir di Esplanade KLCC di sini antara 4 petang dan 7.30 malam, 28 Feb 2015.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang boleh dihukum menurut Seksyen 4(3) akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM10,000, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, pada 2 Nov lepas, Mohd Fariz dilepas tanpa dibebaskan daripada pertuduhan berkenaan selepas pihak pendakwaan menutup kes terhadapnya berikutan masalah kesihatan yang dihadapinya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noorelynna Hanim Abd Halim manakala Adam Adli diwakili peguam Latheefa Koya. – BERNAMA

Tags: Adam Adli
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Elyana Wanita Tabah, Inspirasi Untuk Kita Semua”

Next Post

Dua Calon SPM Naik Lori Ke Dewan Peperiksaan

Related Posts

Jangan Politikkan Sambutan Hari Kebangsaan

Jangan Politikkan Sambutan Hari Kebangsaan

20/08/2023
0

IPOH – Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim berharap sambutan Hari Kebangsaan 2023 pada 31 Ogos ini...

Adam Adli Sedia Berdebat Dengan Syed Saddiq Selepas PRN

Adam Adli Sedia Berdebat Dengan Syed Saddiq Selepas PRN

04/08/2023
0

PETALING JAYA – Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd. Halim bersedia untuk menerima jemputan Presiden MUDA, Syed Saddiq...

Next Post

Dua Calon SPM Naik Lori Ke Dewan Peperiksaan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd