• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KFA Mulakan Misi Penswastaan

oleh Ahmad Albab
16/11/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) kini dalam misi penswastaan bagi memastikan hala tuju pasukan itu berada pada landasan terbaik, persidangan Dewan Undangan Negeri diberitahu hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Datuk Aminuddin Omar berkata walaupun KFA merasakan belum mampu untuk merealisasikan hasrat penswastaan tersebut, beliau secara peribadi berpendapat usaha tersebut perlu bagi memastikan masa depan bola sepak Kedah terjamin.

“Inipun selaras dengan hasrat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang mahu melihat kesemua pasukan bola sepak di negara ini diswastakan. Kita tahu bukan Kedah sahaja mahu majukan bola sepak dalam sektor penswastaan kelab.

“Walaupun kita rasa belum mampu sebab perlu cari siapa penaja, siapa yang akan mengetuai misi penswastaan ini… ini semua ambil masa tapi kita tetap berusaha,” katanya ketika menjawab soalan Mohd Nasir Mustafa (PAS-Kubang Rotan) pada sesi pertanyaan jawab lisan hari ini.

Menjawab soalan Mohd Nasir yang mahu tahu pendapatan dan perbelanjaan KFA, Aminuddin yang juga Setiausaha Kehormat KFA, berkata pendapatan persatuan itu dari 2013 hingga tahun lalu dianggarkan berjumlah RM68 juta manakala perbelanjaan dianggarkan sebanyak RM67 juta.

“Bagi kejohanan Liga Piala FA dan Piala Malaysia, kutipan tiket tahun lalu adalah sebanyak RM3.2 juta manakala tahun ini sebanyak RM4 juta.

“Perbelanjaan KFA dalam setahun untuk mengendalikan pasukan ialah sebanyak RM27 juta, manakala dalam pembayaran gaji sahaja untuk Liga Super ia melebihi RM800,000 sebulan,” katanya.

Menjawab soalan Nor Saidi Nanyan (BN-Kuah) yang mahu tahu status permohonan lesen Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Kedah, Aminuddin berkata belum ada keputusan rasmi daripada Kerjasama Liabiliti Bola Sepak Malaysia Berhad (FMLLP).

“Kita sedang berusaha di peringkat pengurusan untuk mendapatkan lesen ini bagi kita layak bertanding pada Piala AFC 2018,” katanya. – BERNAMA

Tags: KFAswasta
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tahun Satu: KPM Sedia Adakan Libat Urus Bersama Tadika, Prasekolah Swasta Tak Puas Hati

Tahun Satu: KPM Sedia Adakan Libat Urus Bersama Tadika, Prasekolah Swasta Tak Puas Hati

18/02/2026
0

GEORGETOWN: Kementerian Pendidikan (KPM) tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengadakan sesi libat urus bersama pengusaha tadika dan prasekolah swasta yang...

Banjir: Polis Johor Diletakkan Dalam Keadaan Bersiap-siaga

Sumbangan RM6 Juta Dipulangkan Semula – Sanusi

07/01/2024
0

KUALA NERANG: Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa wang RM6 juta yang dikaitkan dalam isu rasuah Persatuan Bola Sepak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd