• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketepikan Sabitan Ke Atas Pendawai Elektrik Kerana Membunuh

oleh AK-47
29/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seorang pendawai elektrik terselamat daripada tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan hari ini mengetepikan sabitan kerana membunuh dan sebaliknya mendapati dia bersalah atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan dengan membunuh.

Panel lima hakim yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif menjatuhi hukuman penjara 25 tahun ke atas Mohd Naim Ramli dan memerintahkan dia dikenakan 10 sebatan atas kesalahan itu di bawah Seksyen 396 Kanun keseksaan.

Ketika membenarkan rayuan Mohd Naim untuk mengetepikan sabitan kerana membunuh, beliau berkata berdasarkan keterangan kepada mahkamah, mahkamah mendapati bahawa sabitan Mohd Naim kerana membunuh adalah tidak selamat.

“Berdasarkan keterangan yang ada, kami berpendapat bahawa tertuduh terlibat dalam rompakan dan dengan ini kami sebulat suara mendapati tertuduh bersalah di bawah Seksyen 396 Kanun Keseksaan,” kata Hakim Raus.

Mengenai hukuman, beliau berkata kesalahan yang dilakukan oleh Mohd Naim, 29, adalah serius dan mahkamah tidak boleh mempertimbangkan penghujahan oleh peguamnya Ridha Abdah Subri untuk menjatuhi hukuman penjara 15 tahun ke atas Mohd Naim. Beliau berkata menjatuhi hukuman mati juga tidak selamat.

Timbalan Pendakwa Raya Faizah Mohd Salleh meminta mahkamah mengekalkan hukuman mati ke atas Mohd Naim sambil berkata Seksyen 396 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman mati dan penjara sehingga 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Turut bersidang bersama beliau ialah hakim-hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Zainun Ali, Tan Sri Ramly Ali, Tan Sri Azahar Mohamed dan Tan Sri Zaharah Ibrahim.

Pada Mac, 2015, Mohd Naim disabitkan dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam kerana membunuh Loh Min Lee, 36, seorang jurutera komputer, di rumahnya di Jalan Putra Perdana, Puchong, pada jam 4.15 pagi, 7 Dis, 2012.

Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan itu pada 27 Sept tahun lepaas.

Bukti yang dikemukakan oleh,-pihak pendakwa ialah tertuduh dan rakannya telah pergi ke rumah si mati untuk menyamunnya. Bukti menunjukkan bahawa si mati diserang dengan tukul oleh tertuduh dan dia mengalami kecederaan yang mengakibatkan kematian.

Si mati sedang tidur di bilik tidur di rumahnya apabila kejadian itu berlaku. – BERNAMA

Tags: Membunuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cubaan Membu*nuh Berjaya Direkod, Lima Lelaki Ditahan Polis

Cubaan Membu*nuh Berjaya Direkod, Lima Lelaki Ditahan Polis

12/02/2026
0

Cubaan Membunuh Berjaya Direkod, Lima Lelaki Ditahan Polis

Cubaan Membu*nuh Dengan Niat Berjaya Dirakam….

Cubaan Membu*nuh Dengan Niat Berjaya Dirakam….

12/02/2026
0

Cubaan Membu*nuh Dengan Niat Berjaya Dirakam....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd