• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Tipu: Pereka ‘Jubah Pahlawan’ Ke Mahkamah Lagi

oleh Ahmad Albab
17/11/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pereka ‘jubah pahlawan’ yang tular di laman sosial tahun lepas kerana rekaan jubahnya kelihatan feminin, sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menipu seorang jururawat hospital membabitkan kerugian RM50,000, tiga tahun lepas.

Ahmad Syubaili Aziz, 31, yang juga menjalankan perniagaan nasi lemak, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Dia didakwa menipu wanita berusia 28 tahun itu dengan menawarkan pendaftaran perniagaan MLM DCHL daripada Syarikat RZ Corporation Sdn. Bhd, sehingga mendorong mangsa menyerahkan kad pengeluaran wang automatik (ATM) Bank Rakyat miliknya yang mengandungi wang berjumlah RM50,000.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan Bank Rakyat cawangan Sungai Buloh dekat sini, pada 26 Februari 2014 dan dituduh mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan juga denda, jika sabit kesalahan.

Raja Noor Adilla membenarkan Ahmad Syubaili dibebaskan dengan jaminan RM4,000 serta seorang penjamin dan menetapkan 29 November ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Amira Haziqah Zulkifli sementara tertuduh diwakili peguam Ellen Cheran.

Pada 27 Oktober lepas, Ahmad Syubaili mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas dua pertuduhan memperdaya dua jururawat hospital berhubung perniagaan nasi lemak melibatkan kerugian RM84,000. – BERNAMA

Tags: menipu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mamat Exists Dihantar Ke Hospital Psikiatri Hari Ini

Ibu Dua Anak Dituduh Tipu Beli Barangan Mewah RM1.24 Juta

23/01/2024
0

KUALA LUMPUR – Seorang suri rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen berasingan di sini pada Selasa atas dua pertuduhan...

Wanita Didakwa Menipu Untuk Terima Bantuan Banjir

04/01/2022
0

Kuantan : Seorang wanita tergamak menipu mengatakan dirinya adalah mangsa banjir bagi mendapatkan bantuan yang disalurkan badan bukan kerajaan (NGO)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd