• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerjasama Sri Lanka Tingkat Pendaratan Penyu Belimbing

oleh AK-47
06/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUNGUN – Jabatan Perikanan Malaysia akan bekerjasama dengan pihak berkuasa di Sri Lanka untuk melaksanakan satu program khas pemuliharaan penyu belimbing di Terengganu.

Usaha itu akan dirintis oleh Bahagian Penyelidikan Penyu dan Spesis Marin Terancam di Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Rantau Abang sebagai usaha mengembalikan semula zaman kegemilangan pendaratan penyu belimbing di lokasi itu yang sangat terkenal pada tahun 1970-an.

Pengarah FRI Rantau Abang, Syed Abdullah Abdul Kadir berkata pihaknya telah mengemukakan cadangan program tersebut kepada kerajaan pusat dan telah mendapat persetujuan awal untuk melaksanakannya.

“Melalui program itu, kita akan membeli 100 atau 200 ekor anak penyu belimbing dari Sri Lanka dan akan dipelihara di FRI Rantau Abang sehingga bersedia untuk dilepaskan ke Laut China Selatan.

Harapannya ialah anak penyu belimbing ini akan kembali semula mendarat ke pantai Rantau Abang untuk bertelur dan itu adalah usaha kita mengembalikan semula populasinya agar mampu menjadi warisan generasi akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelepasan penyu agar dewasa yang dikenali sebagai Puteri Tioman di sini lewat petang semalam.

Mengulas lanjut, Syed Abdullah berkata kerajaan negeri masih belum boleh mengisytiharkan kepupusan penyu belimbing di Terengganu memandangkan masih terdapat pendaratan yang mana kali terakhir ialah pada 20 September lepas dengan 32 biji telur.

“FRI Rantau Abang memegang rekod dunia kerana pernah memelihara anak penyu belimbing yang baru menetas sehingga umurnya lapan tahun sembilan bulan.

Berdasarkan kepakaran dan pengalaman FRI Rantau Abang dalam pemuliharaan penyu belimbing ini serta kerjasama dengan Sri Lanka nanti, insya-Allah Rantau Abang akan kembali meriah dengan haiwan eksotik yang menjadi kebanggaan Terengganu selama ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Penyu Belimbing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd