• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Kereta Itu Bukan Hadiah Kahwin Saya” – Adib Khalid

oleh AK-47
17/11/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEBERAPA hari lalu, tular berita mengatakan pasangan merpati dua sejoli, Izara Aishah dan Adib Khalid mendapat kereta Rolls-Royce sebagai hadiah perkahwinan mereka.

Baca: Kereta Rolls-Royce, Hadiah Buat Izara, Adib

Namun, Adib yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Tune Studios & Tune Music menafikan kenyataan tersebut.

Menurutnya, kereta jenis model Phantom yang berharga kira-kira RM1 juta itu hanya dipinjam untuk pengambaran program Walimatulurus mereka yang diterbitkan pihak Astro.

Bukanlah hadiah perkahwinan yang diberikan abangnya sempena perkahwinan mereka yang digembar-gemburkan sebelum ini.

“Saya nak perbetulkan di sini, ia bukan hadiah seperti diberitakan. Selepas selesai majlis, ia akan dipulangkan dan akan dijual kerana dipinjam sementara dari syarikat kereta yang diuruskan abang saya, Anas,” katanya dipetik Harian Metro.

Sebelum ini, video yang berdurasi 45 saat tular di media sosial dan dikatakan abang Adib iaitu Anas Khalid telah menghadiahkan kereta mewah tersebut sebagai hadiah perkahwinan mereka.

Menurut anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza ini lagi, dia terkejut dengan persoalan yang diterima mengenai kereta tersebut.

Dalam pada itu, Adib akui dia gemuruh dan berdebar untuk memulakan fasa kehidupan baharunya itu.

“Saya dah mula berdebar tapi harap semuanya baik-baik saja. Doakan kami,” ujarnya.

Adib dan Izara bakal disatukan hari ini dan majlis resepsinya akan diadakan pada Ahad ini.

Tahniah dan selamat pengantin baharu! – MYNEWSHUB.CC/SA

Tags: Adib KhalidIzara Aishahkereta Rolls-Royce
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Izara Aishah, Adib Kongsi Wajah Anak

23/04/2020
0

HAMPIR seminggu ‘menyembunyikan’ wajah puteri tercinta di media sosial, suami kepada pelakon Izara Aishah iaitu Adib Khalid akhirnya berkongsi detik...

Izara Aishah Dapat ‘Baby Girl’

16/04/2020
0

PELAKON Izara Aishah selamat melahirkan anak perempuan dengan berat 2.9 kilogram, semalam. Berita gembira itu dikongsikan ibu mentuanya, Datin Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd