• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Negeri Pahang Pergiat Promosi Cherating

oleh AK-47
21/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kerajaan Pahang giat mempromosikan Cherating sebagai antara destinasi pelancongan utama di negeri ini dengan melakukan penambahbaikan termasuk soal penginapan dalam usaha menarik lebih ramai pelancong ke kawasan peranginan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin mengakui berlaku penurunan jumlah kehadiran pelancong ke kawasan itu pada masa kini berbanding beberapa tahun lalu.

“Dahulu Cherating disebut sebagai ‘syurga’ dalam kalangan pelancong, namun kini keadaan sudah berubah… mereka kini mungkin inginkan penginapan yang lebih selesa sebab itu banyak hotel dan resort lama di kawasan itu kini menaik taraf kualiti perkhidmatan dan penginapan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Andasura Rabu (PAS-Beserah) berhubung impak daripada perbelanjaan dikeluarkan untuk mempromosi kawasan pelancongan bersempena Tahun Melawat Pahang 2017, pada persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini.

Mohd Sharkar berkata Cherating mempunyai jenama sendiri kerana selain mempunyai kawasan pantai yang cantik, di situ juga terletak resort Club Med pertama di rantau ini.

“Kita juga tidak ketinggalan mempromosikan Cherating ini sebagai ‘home of Nemo’ kerana di salah satu kawasan pantai di situ didapati kaya dengan hidupan marin dan ini menjadi kegilaan kepada penyelam termasuk dari luar negara,” katanya.

Sehubungan itu, Mohd Sharkar berkata semua pihak yang berkenaan termasuk penggiat industri pelancongan perlu memainkan peranan untuk memastikan Cherating kembali gemilang dan menjadi tumpuan pelancong seperti suatu masa dahulu.

“Selalunya selepas kita membuat promosi, mereka yang ingin menempah penginapan di satu-satu kawasan akan melihat komen-komen diberikan pengunjung yang pernah tinggal di situ dan penarafan yang diberikan.

“Selalunya hotel atau tempat tinggal yang mendapat komen yang baik akan menjadi tumpuan… jadi kenalah jaga soal kebersihan, keselamatan, kesopanan dan kecekapan untuk tarik pelancong,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

BN Pahang Kekal Utuh Berkhidmat Kepada Rakyat

18/12/2018
0

KUANTAN – Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin menegaskan Barisan Nasional (BN) Pahang masih kukuh dan mampu...

Tahun Melawat Pahang 2017 Tidak Gagal

26/07/2018
0

KUANTAN - Kerajaan Negeri Pahang hari ini menegaskan Tahun Melawat Pahang (TMP) 2017 bukan satu program yang gagal, walaupun tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd